Belgium muncul sebagai juara kumpulan G selepas mengatasi England 1-0 hasil jaringan Adnan Januzaj dalam babak kedua.
England sebelum ini pernah mempertimbang untuk memanggil Januzaj mewakili negara itu, semasa dia beraksi cemerlang untuk Manchester United.
Bagaimanapun perjanjian 'Home Nations' FIFA menyebabkan pemain Real Sociedad itu tidak layak untuk mewakili England.
Kedua-dua pasukan yang sudahpun layak ke peringkat kalah mati sebelum perlawanan tersebut menurunkan barisan kedua dalam pertemuan di Kaliningrad.
The Red Devils mempertaruhkan Michy Batshuayi di bahagian serangan bagi menggantikan Romelu Lukaku yang cedera, Marouane Fellaini dan Januzaj sebagai perancang tengah.
Begitu juga England, yang merehatkan Harry Kane dan Raheem Sterling untuk memberi peluang kepada dua penyerang the Three Lions, Jamie Vardy dan Marcus Rashford untuk beraksi.
Anak buah Roberto Martinez gagal menembusi benteng England, sehingga Januzaj merembat cantik bola untuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-51.
Selaku juara kumpulan G, Belgium akan bertemu naib juara kumpulan H iaitu Jepun, sementara England bakal berentap dengan juara kumpulan G, Colombia.
Israr Khalid
Thu Jun 28 2018
Adnan Januzaj. Foto Astro ARENA
FBM KLCI dijangka melonjak melebihi paras 1,700
Menurut Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin, jangkaan ini berdasarkan kepada penilaian pasaran yang masih dianggap munasabah, meskipun indeks melepasi tahap tersebut.
Malaysia hasrat pelajari kejayaan China dalam pelaksanaan 5G
Status pelaksanaan 5G di China yang ketika ini meliputi lebih 90 peratus di kawasan berpenduduk, menarik minat Malaysia untuk mempelajari kejayaan negara Tembok Besar itu dalam meningkatkan kesalinghubungan terutama di kawasan pedalaman.
Kartel semakin kreatif, licik dalam manipulasi tender - MyCC
Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, salah satu modus operandi yang biasa dilakukan oleh kumpulan kartel adalah membahagikan kementerian atau agensi kerajaan kepada kumpulan berbeza. Taktik ini bertujuan untuk meningkatkan peluang kemenangan mereka dalam tender-tender yang ditawarkan.
Polis siasat penemuan lapan tong disyaki bahan kimia di Sungai Buloh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana bencana terhadap tali air.
Dua penjenayah warga Vietnam ditembak, 11 kes di Pulau Pinang, Kedah selesai
Polis menembak mati dua lelaki warga Vietnam yang terlibat dalam 11 kes pecah masuk kilang, gudang serta tebuk peti besi di Pulau Pinang dan Kedah dalam kejadian di Lorong Perindustrian 4, Bukit Panchor Nibong Tebal.
AWANI Ringkas: GISB: Reman suspek bakar bahan bukti disambung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?
Lebih 83,000 pelajar bakal terima manfaat Program Anak Kita - Fadhlina
Program itu merupakan salah satu keutamaan kerajaan, dengan fokus kepada Reformasi Pendidikan.
Semua pihak perlu kerjasama atasi masalah keciciran pelajar - PM Anwar
Sektor swasta dan masyarakat sivil perlu bergabung tenaga, memberi sokongan sebaiknya termasuk dalam aspek teknologi maklumat.
Kamala dan Trump adakan pertemuan dengan Presiden Ukraine
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris bahawa cadangan bagi menyerahkan sebahagian besar wilayah berdaulat Ukraine adalah satu cadangan penyerahan, bukan cadangan keamanan.
Adnan Januzaj jaring gol kemenangan Belgium ke atas England
Bekas pemain Manchester United, Adnan Januzaj menjaringkan gol kemenangan ke atas England.