BEKAS penyerang Harimau Malaya, Hadin Azman, memaklumkan bahawa dia kehilangan adiknya, Nur Khalisya, sejak 26 Februari lalu.

Nur Khalisya, 16, kali terakhir dilihat memakai baju rumah sukan berwarna biru, berseluar sukan hitam dan bertudung sekolah berwarna putih di Sekolah Menengah Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Orang ramai yang terjumpa remaja berkenaan boleh menghubungi 014-6281874 atau terus membawanya ke balai polis berhampiran.


-- Stadium Astro