KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan segera melupakan kekalahan besar kepada tuan rumah India 0-5 pada Ahad dan menumpaskan naib juara edisi lepas, Jepun, 3-1, pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023 di Chennai, India semalam.
Kemenangan ketiga diraih Speedy Tigers pada aksi di Stadium Mayor Radhakrishnan itu sekali gus menyaksikan mereka mengesahkan slot ke separuh akhir ACT 2023.
Anak buah A. Arul Selvaraj yang menampilkan corak permainan pantas sejak wisel ditiup pada suku pertama perlawanan membuka tirai jaringan menerusi tonggak pertahanan Muhammad Najmi Farizal Jazlan yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-13.
Bagaimanapun, pasukan negara berdepan saat mendebarkan apabila pengadil You Hyosik pada mulanya membatalkan gol tersebut selepas Muhammad Najmi didapati melepaskan pukulan berbahaya ke dalam gawang gol lawan sebelum rujukan video membuktikan sebaliknya.
Jepun yang dilihat lebih agresif pada suku kedua perlawanan hampir menyamakan kedudukan namun penjaga gol negara Mohd Zaimi Mat Deris menggunakan kaki untuk menafikan percubaan Kaito Tanaka pada minit ke-25.
Pasukan negara kemudian berjaya menggandakan jaringan pada suku ketiga perlawanan hasil jaringan padang penyerang Mohamad Ashran Hamsani dengan memanfaatkan hantaran Mohd Fitri Saari menerusi satu gerakan menarik pada minit ke-37.
Speedy Tigers yang mendominasi suku terakhir permainan melebarkan kedudukan menerusi gol padang Shello Silverius pada minit ke-59 manakala Takuma Niwa pula menghadiahkan gol sagu hati buat Jepun di penghujung perlawanan.
Skuad kebangsaan kini mengumpul sembilan mata untuk merampas kedudukan teratas daripada India yang kurang satu perlawanan dengan enam mata diikuti juara bertahan Korea Selatan (lima mata), Pakistan (dua mata), Jepun (dua mata) dan China di kedudukan tercorot (satu mata).
Speedy Tigers yang memulakan kempen ACT 2023 dengan menumpaskan Pakistan 3-1, Khamis lepas diikuti kemenangan 5-1 ke atas China, sehari selepas itu bakal melengkapkan saingan kumpulan berdepan Korea Selatan, Rabu ini.
Edisi ketujuh ACT yang mengikut format round robin menyaksikan hanya empat pasukan terbaik layak ke separuh akhir.
Pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan ACT adalah meraih tempat ketiga sebanyak lima kali iaitu pada edisi 2011, 2012, 2013, 2016 dan 2018.
Sementara itu, Arul berkata beliau berpuas hati dengan cara pasukannya mengawal permainan dan pergerakan bola yang dilihatnya lebih kemas berbanding apa yang dipamerkan ketika dibelasah India.
"Esok kita akan berehat sehari sebelum menentang Korea Selatan, jadi kami akan gunakan waktu rehat ini untuk buat post mortem perlawanan sebelum ini dan melihat apa yang seterusnya perlu dilakukan," katanya dalam satu video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023

Speedy Tigers memulakan kempen ACT 2023 dengan menumpaskan Pakistan Khamis lepas, diikuti kemenangan ke atas China sehari selepas itu. Mereka bakal melengkapkan saingan kumpulan berdepan Korea Selatan, Rabu ini. - Facebook Asian Hockey Federation
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari
Penyerang prolifik itu menyifatkan dengan menjuarai piala itu bakal menjadi simbol penguasaan THT dalam kancah Liga Hoki Malaysia (MHL).

THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.

THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.

AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.

Young Tigers tempah slot ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2024
Young Tigers sah ke peringkat separuh akhir dan Piala Dunia Remaja tahun depan serta akan bertemu India esok untuk memburu slot ke final.

Piala Remaja Asia: Malaysia teruskan rentak kemenangan belasah tuan rumah
Malaysia kini menerajui Kumpulan B dengan enam mata daripada dua perlawanan dan akan menghadapi Bangladesh bagi perlawanan ketiga pada Sabtu ini.

Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.

ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.

ACT Wanita: Malaysian Tigress bangkit, tundukkan Korea Selatan 2-1
Ia merupakan kemenangan pertama skuad negara selepas dua aksi pusingan round robin yang berkesudahan dengan tewas kepada India dan China.