KUALA LUMPUR: Pasukan hoki wanita kebangsaan meraih kemenangan sulung pada kempen kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita 2023 selepas menewaskan Thailand 2-0 pada aksi terakhir saingan liga sepusingan, malam ini.
Pada pertembungan di Stadium Hoki Marang Gomke Jaipal Singh Astroturf di Ranchi, India itu, skuad Malaysian Tigress yang gagal mara ke peringkat separuh akhir menerima tentangan sengit apabila terpaksa menunggu sehingga ke suku kedua permainan untuk membolosi gawang lawan.
Jaringan pembukaan pasukan negara bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim itu disumbangkan Nur Shamine Azureen Mohammed menerusi gol padang pada minit ke-25.
Malaysia kemudian terus bermandi peluh berdepan asakan Thailand sebelum berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-52 menerusi gol padang Nur Nabila Alia Yussaini.
Malaysia di kedudukan kelima dengan mengumpul empat mata dan Thailand di tempat terakhir tanpa sebarang mata sekali lagi akan berentap di penentuan tempat kelima-keenam, pada Sabtu ini.
"Saya mahukan para pemain memberikan yang terbaik pada perlawanan terakhir di sini, dan saya pasti mereka juga akan menjalankan tanggungjawab dengan baik," kata Mohd Nasihin selepas perlawanan itu.
Sebelum ini, Malaysia tewas dalam tiga perlawanan saingan liga sepusingan masing-masing kepada juara bertahan Jepun 0-3, India (0-5) serta China (0-4) dan meraih keputusan seri 1-1 bertemu Korea Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
![ACT: Malaysian Tigress catat kemenangan sulung, atasi Thailand 2-0 ACT: Malaysian Tigress catat kemenangan sulung, atasi Thailand 2-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698937886_malaysiantigress.jpg)
Jaringan pembukaan pasukan negara bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim itu disumbangkan Nur Shamine Azureen Mohammed menerusi gol padang pada minit ke-25. Gambar FB AHF/Hockey India
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712722817_pangon.jpg)
Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.
![Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716160787_JurgenKlopp.jpg)
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
![Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715571640_tbKylianMbappe.jpg)
Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe
Mbappe telah menjaringkan 256 gol untuk PSG sejak tiba dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian bernilai $194 juta (RM918 juta).
![Mei Xing hampa gagal sumbang mata buat Malaysia Mei Xing hampa gagal sumbang mata buat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714562734_PialaUber.jpg)
Mei Xing hampa gagal sumbang mata buat Malaysia
Mei Xing tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selepas gagal menyumbang mata kedua buat pasukan Malaysia ketika menentang Australia.
![Terima kasih Amri Yahyah Terima kasih Amri Yahyah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702800775_AmriYahyah.jpg)
Terima kasih Amri Yahyah
Perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Ahad menjadi perlawanan terakhir buat Mohd Amri Yahyah.
![ACT: Malaysian Tigress catat kemenangan sulung, atasi Thailand 2-0 ACT: Malaysian Tigress catat kemenangan sulung, atasi Thailand 2-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698937886_malaysiantigress.jpg)
ACT: Malaysian Tigress catat kemenangan sulung, atasi Thailand 2-0
Pasukan hoki wanita kebangsaan meraih kemenangan sulung pada kempen kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita 2023 selepas menewaskan Thailand 2-0 pada aksi terakhir saingan liga sepusingan.
![Kalah selepas tujuh aksi tanpa tewas buka mata Harimau Malaya Kalah selepas tujuh aksi tanpa tewas buka mata Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697734223_PestabolaMerdeka.jpg)
Kalah selepas tujuh aksi tanpa tewas buka mata Harimau Malaya
Kekalahan Malaysia kepada Tajikistan pada final Pestabola Merdeka 2023 dilihat tepat pada masanya dan membuka mata' skuad kebangsaan.
![Terbuka Australia: Murray diberikan tiket wildcard Terbuka Australia: Murray diberikan tiket wildcard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51609115320_ANDYMURRAYTENNIS.jpg)
Terbuka Australia: Murray diberikan tiket wildcard
Naib juara lima kali itu bertanding dalam kejohanan pada tahun 2019 ketika turun dalam sebagai perlawanan terakhirnya sebagia pemain profesional.
![Final Piala FA: Arteta tidak fikir ia perlawanan terakhir Aubameyang dengan Arsenal Final Piala FA: Arteta tidak fikir ia perlawanan terakhir Aubameyang dengan Arsenal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81596256176_FinalPialaFA.jpg)
Final Piala FA: Arteta tidak fikir ia perlawanan terakhir Aubameyang dengan Arsenal
Arteta kekal optimis bahawa Aubameyang akan kekal bersama pasukannya, khususnya selepas mereka menjuarai saingan itu.
![Sasaran ke final Piala AFF boleh dicapai - Aidil Sasaran ke final Piala AFF boleh dicapai - Aidil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41540386685_AidilZafuan.jpg)
Sasaran ke final Piala AFF boleh dicapai - Aidil
Gabungan pemain senior dan muda yang dipanggil ketua jurulatih Tan Cheng Hoe untuk kem latihan kali ini mampu membentuk pasukan mantap untuk melangkah jauh pada saingan tersebut.