Pemindahan venue itu mencetuskan kemarahan peminat Gwangju memandangkan Stadium Yongin Mireu, yang dipilih sebagai venue gantian, terletak 234 kilometer daripada stadium asal mereka.
Difahamkan, venue itu terpaksa dipinda berikutan keadaan padang yang buruk sewaktu aksi K-League menentang FC Seoul semalam.
"Kepada semua peminat Gwangju FC. Pertama sekali, kami ingin memohon maaf kerana perlawanan ACLE ketiga akan diadakan di Stadium Yongin Mireu dan bukannya di Gwangju.
"Sejurus selepas perlawanan pertama ACLE, kelab menerima surat rasmi yang meminta penetapan stadium gantian untuk perlawanan ketiga di tempat sendiri dan tidak dapat dielakkan, kami telah menetapkan Stadium Yongin Mireu sebagai stadium gantian.
"Kami melakukan banyak usaha, termasuk berjanji untuk menambah baik keadaan stadium Piala Dunia itu dan menetapkan satu stadium alternatif di kawasan berhampiran tetapi pada hakikatnya, Stadium Yongin Mireu adalah satu-satunya pilihan ketika ini, yang menyebabkan kekecewaan kepada peminat kami.
"Kelab ini amat menyedari betapa besar kerugian yang akan ditanggung peminat, dan akan melakukan yang terbaik untuk memberikan kemudahan kepada penonton, termasuk sokongan untuk bas ke perlawanan. Kami sekali lagi memohon maaf kerana mengecewakan peminat," kata kenyataan itu. -- Stadium Astro