ACLE: Cristiano Ronaldo terkena jangkitan virus, Al-Nassr tempang dalam aksi pertama
Al-Nassr, terpaksa mengetepikan Cristiano Ronaldo, menjelang pertemuan pertama menentang wakil Iraq, Al-Shorta, dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Astro Arena
Mon Sep 16 2024
Al-Nassr harus melupakan khidmat Ronaldo selepas mengalami jangkitan virus dan memerlukan rehat. - Stadium Astro
KELAB terkemuka Liga Pro Saudi, Al-Nassr, terpaksa mengetepikan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, menjelang pertemuan pertama menentang wakil Iraq, Al-Shorta, dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), esok.
Al-Nassr harus melupakan khidmat bekas pemain Manchester United itu selepas mengalami jangkitan virus dan memerlukan rehat dan rawatan susulan menyebabkan legenda Portugal itu tidak disenaraikan dalam skuad kali ini.
Selain menjadi pemain pertama menjaringkan 900 gol dalam karier, pemain berusia 39 tahun itu masih membuktikan dirinya sangat berbahaya dan sering memberi masalah buat barisan pertahanan pasukan lawan.