KUALA LUMPUR: Akademi Badminton Malaysia (ABM) membawa masuk dua bekas pemain kebangsaan Indonesia, Ade Yusuf Santoso, 30, dan Gerardo Rizqullah Hafidz, 21, untuk dijadikan rakan sepelatih buat beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah sebagai persediaan menghadapi kelayakan Olimpik Paris 2024.
Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky berkata perbincangan untuk mengambil kedua-dua bekas pemain berkenan sebenarnya sudah lama dibuat dan dipersetujui oleh jawatankuasa Road To Gold (RTG) bagi meningkatkan lagi prestasi beregu negara itu.
Katanya, Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah sudah memulakan tugas mereka pada Isnin lalu sehingga awal bulan Mac ini sebelum dua lagi bekas pemain Indonesia diambil bagi menggantikan tempat mereka.
“Saya bukan tidak mahu mereka berlatih dengan beregu wanita yang lain kerana seperti media tahu, jurang antara Pearly-Thinaah dan pemain-pemain lain itu jauh.
“Malah kita juga tidak mahu guna pemain pelapis atau remaja seperti mana yang dilakukan sebelum ini untuk menjadikan rakan sepelatih Pearly-Thinaah sebab mereka juga ada tugas masing-masing yang memerlukan mereka untuk fokus.
“Jadi saya berikan satu idea untuk bawa bekas pemain Indonesia untuk jadi rakan sepelatih dan mereka ini juga umur masih okay cumanya mereka tidak lagi bersama skuad kebangsaan.
"Jadi mereka telah bersetuju untuk jadi rakan sepelatih dan harap kita boleh menaikkan lagi prestasi Pearly dan Thinaah,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pasukan kebangsaan di ABM Bukit Kiara di sini semalam.
Dalam pada itu, Rexy ketika ditanya berkenaan persiapan skuad negara menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) yang akan membuka tirainya 13-18 Feb ini, beliau berkata kesemua pemain sudah melaporkan diri bagi menyertai kem latihan di ABM kecuali pemain perseorangan profesional Lee Zii Jia.
Katanya, satu perlawanan simulasi secara tertutup antara pemain-pemain kebangsaan dan pemain yang beraksi di BATC akan dijalankan di ABM pada minggu ini sebagai persediaan menghadapi kejohanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024
Rexy berkata, Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah sudah memulakan tugas mereka pada Isnin lalu sehingga awal bulan Mac ini sebelum dua lagi bekas pemain Indonesia diambil bagi menggantikan tempat mereka. - Gambar fail/Bernama
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Azizulhasni tunai janji kepada keluarga, Paris 2024 terakhir
"Saya ada banyak perancangan tapi saya cuma mahu berehat, meluangkan masa bersama keluarga dan relaks dahulu."
Program pembangunan skateboarding negara bermula sekarang
MySKATE dan The Razkals bekerjasama untuk memulakan pembangunan sukan papan selaju negara di Kejohanan Dunia Street di Tokyo.
Jepun pilihan tepat untuk negara buru pingat emas pertama di Olimpik Paris 2024 - Hannah
Memilih Jepun sebagai sumber inspirasi adalah pilihan tepat delegasi Jawatankuasa Road to Gold (RTG) dalam usaha memburu pingat emas pertama negara.
Maloney mahu terus bersama skuad B-23 sehingga Olimpik Paris 2024
Maloney akan melakukan rombakan bagi skuad sedia ada bagi menghadapi perlawanan pelengkap Kumpulan C menentang Vietnam Rabu ini.
Ahmad Faizal umum tiga agenda persiap kontinjen Malaysia hadapi Paris 2024
Ahmad Faizal mengumumkan tiga agenda yang bakal dilaksana dalam mempersiap kontinjen negara bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik serta Paralimpik Paris 2024 dan seterusnya.