KUALA LUMPUR: Beregu utama lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik sekali lagi tidak dapat memenuhi jangkaan dan harapan selaku juara dunia selepas tersingkir dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.
Berada pada ranking ketiga dunia, Aaron-Woi Yik tewas 10-21, 21-23 kepada wakil China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dan mengecewakan lebih 2,000 penonton di Arena Axiata di sini hari ini.
Ini merupakan kekalahan ketiga Aaron-Wooi Yik kepada beregu China itu, selepas Terbuka Indonesia 2022 Jun lepas dan Final Jelajah Dunia 2022, Disember lepas.
"Dari set pertama kita memang mula buat banyak kesilapan yang tidak sepatutnya. Saya rasa kita tahu Yu Chen adalah pemain yang handal dari dahulu lawan dengan mereka memang tidak pernah menang.
Hari ini turun dengan tekanan, tetapi bukan alasan buat kami. Terbuka Malaysia ialah kejohanan sulung untuk tahun ini, jadi banyak harus ditambah baik sebab fokus kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas ini," kata Aaron.
Yu Chen-Xuan Yi akan bertemu Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India di suku akhir.
Sementara itu, beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie juga tewas 21-16, 21-10 dalam pusingan kedua di tangan pilihan utama kejohanan Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023

Beregu Lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ketika beraksi menentang pemain China Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini. - BERNAMA

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.
KWSP: Dividen lebih tinggi, 6.3% bagi simpanan Konvensional dan Shariah
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Aaron-Wooi Yik tersingkir daripada Terbuka Malaysia
Berada pada ranking ketiga dunia, Aaron-Woi Yik tewas 10-21, 21-23 kepada wakil China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.

Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir, singkir 'The Daddies'
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2022 selepas menyingkirkan pasangan veteran Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.