PETARUNG dari Kedah ini muncul pada perlawanan pertamanya di 'ONE: Destiny Of Champions' dengan mengalahkan Stergos 'Greek Dynamite' Mikkios dalam perlawanan ONE Super Series Muay Thai bantamweight melalui pusingan saringan awal.
Berikut adalah empat perkara yang anda perlu tahu mengenai petinju sensasi terbaharu negara dalam seni mempertahankan diri, Mohammed Mahmoud.
1. Pandai bergaya
Rakyat Malaysia sangat gemarkan fesyen, maka tidak hairanlah jika penampilan Mohammed sentiasa menjadi perhatian ramai.
Sepanjang kariernya dalam Muay Thai, petinju berusia 22 tahun ini sering menyarungkan jubah tinju yang bergaya, menggayakan dandanan rambut berbeza dan mempunyai tatu palsu yang tertera namanya, 'Jordan Boy'.
BACA: Jordan Boy menang pertarungan sulung di ONE Championship
“Gaya adalah sangat penting pada saya dan sepanjang minggu lalu ketika bersama ONE Championship, saya perlu tampil terbaik,” katanya.
2. Gemar meluangkan masa bersama ayahnya
Sekiranya ada masa lapang dan tidak sibuk dengan latihannya beliau, gemar meluangkan masa dengan insan yang sangat bermakna dalam hidupnya – iaitu ayahnya, Mahmoud Omar.
Ayah beliau memiliki sebuah syarikat pembinaan dan sentiasa menyokong kerjaya anaknya. Mengikut jejak langkah ayahnya, dia turut melakukan perkara yang sama.
Sekiranya diperlukan, Mohammed sering membantu ayahnya mengangkat peralatan dan perkakasan pembinaan.
“Ayah adalah seorang yang kental. Beliau bekerja tanpa mengenal erti penat demi menyediakan keperluan kami semua dan saya sering membantu ayah sejak hari pertama.
“Beliau sentiasa memberikan sokongan sepanjang karier Muay Thai saya dan jalan terbaik untuk membalas jasa ayah adalah dengan memberikan persembahan yang terbaik pada 7 Disember ini dan membantunya dengan perkara-perkara yang menjadi kepakaran beliau,” katanya.
3. Sukakan permainan video
Seperti anak muda lain, Mohammed gemar bermain permainan video — terutamanya Mobile Legends.
Walaupun sudah tidak terlalu kerap bermain demi mempersiapkan diri untuk kemunculan pertamanya di ONE Super Series, Mohammed ini mengakui, beliau gemar menghabiskan masa terluang dengan bermain permainan video.
"Selain berlatih Muay Thai dan juga menolong di rumah, saya gemar bermain permainan video dalam telefon bimbit,” jelasnya.
Dengan wang kemenangan daripada perlawanannya, beliau berharap dapat menambah koleksi permainan video.
4. Idolanya bertarung di ONE
Dengan 98 kemenangan sepanjang karier profesionalnya, tidak hairanlah apabila Mohammed menyebut petinju kelahiran Armenia yang berasal dari Itali, Giorgio Petrosyan, yang juga pesaing ONE Super Series, sebagai hero seni mempertahankan diri beliau.
“Beliau adalah yang terbaik dalam sukan ini,” katanya.
“Adalah menjadi satu penghormatan untuk berkongsi dan berada di bawah organisasi yang sama dengan idola saya dan saya tidak sabar untuk bertemu dengan beliau satu hari nanti.”
Haider Yutim
Tue Dec 11 2018
![4 perkara anda perlu tahu tentang Jordan Boy 4 perkara anda perlu tahu tentang Jordan Boy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/71544443390_jordanboy.jpg)
Mohammed 'Jordan Boy' membuat penampilan sulungnya di ONE Super Series di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Foto ONE
![Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721043316_tbAnthonyLokeCom.jpg)
Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas
Kementerian Pengangkutan memperhebat usaha untuk menambah baik kemudahan pengangkutan awam dan mesra pejalan kaki di Kuala Lumpur, khususnya perhentian dan stesen bas.
![Nasihat Perdana Menteri perlu dilihat dalam konteks positif - Fadhlina Nasihat Perdana Menteri perlu dilihat dalam konteks positif - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718869778_tbFadhlinaSidek.jpg)
Nasihat Perdana Menteri perlu dilihat dalam konteks positif - Fadhlina
Warga pendidik perlu melihat nasihat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan displin dan prestasi perkhidmatan mereka dalam konteks positif, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
![PAC syor KPT guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat PAC syor KPT guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC syor KPT guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
PAC berpendapat KPT boleh mempertimbang pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![Pengerusi IKIM dipilih Ahli Kehormat Kesatuan Ulama Islam Sedunia Pengerusi IKIM dipilih Ahli Kehormat Kesatuan Ulama Islam Sedunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721055772_tbMuhammadNurManut.jpg)
Pengerusi IKIM dipilih Ahli Kehormat Kesatuan Ulama Islam Sedunia
Pemilihan itu diumumkan Presiden IUMS Sheikh Ali Al-Qaradaghi dalam acara Global MADANI Forum anjuran IKIM pada Khamis lepas.
![Thailand sasar rangsang ekonomi dengan peraturan visa pelancong baharu Thailand sasar rangsang ekonomi dengan peraturan visa pelancong baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718177720_thailand.jpg)
Thailand sasar rangsang ekonomi dengan peraturan visa pelancong baharu
Pengecualian visa 60 hari Thailand untuk 93 negara, termasuk Malaysia, bertujuan untuk melonjakkan pelancongan, memudahkan perjalanan dan merangsang ekonomi negara.
![Durian, rambutan segar ‘gugur’ di benua Afrika, perluas pasaran baharu Durian, rambutan segar ‘gugur’ di benua Afrika, perluas pasaran baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721055134_tbduriannamibia.jpg)
Durian, rambutan segar ‘gugur’ di benua Afrika, perluas pasaran baharu
Para tetamu dihidangkan dengan Durian D197 yang terkenal, juga dikenali sebagai Musang King dan Rambutan Budak Sekolah.
![Pelaksanaan peralihan tenaga bersistematik mampu angkat Malaysia jadi destinasi pelaburan hijau pilihan - PM Anwar Pelaksanaan peralihan tenaga bersistematik mampu angkat Malaysia jadi destinasi pelaburan hijau pilihan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720931596_AnwarIbrahim.jpg)
Pelaksanaan peralihan tenaga bersistematik mampu angkat Malaysia jadi destinasi pelaburan hijau pilihan - PM Anwar
Anwar berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
![RM21.1 juta elaun sara hidup disalur kepada nelayan Sabah tahun ini - Mohamad Sabu RM21.1 juta elaun sara hidup disalur kepada nelayan Sabah tahun ini - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719407016_tbMohamadSabu.jpg)
RM21.1 juta elaun sara hidup disalur kepada nelayan Sabah tahun ini - Mohamad Sabu
Sebanyak RM21.1 juta elaun sara hidup disalurkan kepada 7,502 nelayan di Sabah tahun ini dalam menjaga kebajikan mereka, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
![Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721037929_tbKampungTradisiNe.jpg)
Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama Kerajaan Perpaduan.
![Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini berikutan sokongan belian asing yang berterusan, dalam keadaan prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.
![UFC 269: Julianna Pena cipta kejutan, rampas kejuaraan dari Amanda Nunes UFC 269: Julianna Pena cipta kejutan, rampas kejuaraan dari Amanda Nunes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639288521_AmandaNunesUFC.jpg)
UFC 269: Julianna Pena cipta kejutan, rampas kejuaraan dari Amanda Nunes
Julianna Pena menumpaskan Amanda Nunes itu menerusi kuncian rear naked choke pada minit 3:26 pusingan kedua.
![UFC 249: Cejudo kekalkan kejuaraan bantamweight, umum bersara dari MMA UFC 249: Cejudo kekalkan kejuaraan bantamweight, umum bersara dari MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561006860_HenryCejudoUFC.jpg)
UFC 249: Cejudo kekalkan kejuaraan bantamweight, umum bersara dari MMA
Henry Cejudo berjaya mengekalkan kejuaraan bantamweight yang disandangnya selepas menewaskan Dominick Cruz dalam aksi UFC 249, di Florida pada Ahad.
![UFC 238: Cejudo juara bantamweight dan flyweight, Shevchenko KO-kan Jessica Eye UFC 238: Cejudo juara bantamweight dan flyweight, Shevchenko KO-kan Jessica Eye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560065005_TBUFC.jpg)
UFC 238: Cejudo juara bantamweight dan flyweight, Shevchenko KO-kan Jessica Eye
Juara flyweight UFC, Henry Cejudo meraih kejuaraan keduanya selepas menewaskan Marlon Moraes dalam aksi UFC 238 di Chicago, Illinois pada Ahad.
![4 perkara anda perlu tahu tentang Jordan Boy 4 perkara anda perlu tahu tentang Jordan Boy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/71544443390_jordanboy.jpg)
4 perkara anda perlu tahu tentang Jordan Boy
Petarung dari Kedah ini muncul pada perlawanan pertamanya di 'ONE: Destiny Of Champions' dengan mengalahkan Stergos 'Greek Dynamite' Mikkios dalam perlawanan ONE Super Series.
![Jordan Boy menang pertarungan sulung di ONE Championship Jordan Boy menang pertarungan sulung di ONE Championship](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41544209832_JordanBoy.jpg)
Jordan Boy menang pertarungan sulung di ONE Championship
Atlet muda Muay Thai negara, 'Jordan Boy' Mohammed Mahmoud berjaya memenangi pertarungan sulungnya di kejohanan ONE Super Series.