PASUKAN paintball wanita dari Lembah Klang, Thunderstorm akan membawa cabaran Malaysia di Kejohanan Piala Dunia Persekutuan Paintball (UPBF) di Dreux, Perancis hujung bulan depan.
Kapten pasukan, Nurul Salwa Kamarul Zaman berkata, seramai 10 pemain negara berkampung di Dreux dari 28 Ogos hingga 1 September ini dan pemilihan mereka berdasarkan minit permainan paling banyak dalam tempoh setahun yang lalu.
Menurutnya, penyertaan mereka pada Piala Dunia bukan sekadar pelengkap jadual sebaliknya mahu mencabar kejuaraan, sekali gus membuktikan pemain paintball wanita Malaysia juga mampu bersaing dengan negara kuasa besar sukan ekstrem itu.
“Kita bukan pilih semberono kerana pemain-pemain yang dibawa ke Dreux nanti mampu bersaing dan pernah memenangi pertandingan peringkat domestik dan Asia.
“Gabungan pemain muda dan berpengalaman mampu mengimbangi kekuatan pasukan. Insya-ALLAH, kami akan buat yang terbaik kerana harapan kami mahu bawa pulang sesuatu dari Perancis nanti,” katanya.
Tambah Nurul Salwa, selain bertanding dalam kategori wanita bagi peringkat dunia, pasukannya turut bertanding dalam Divisyen Empat yang turut disertai lebih 20 pasukan dari seluruh Eropah.
“Dalam Divisyen Empat, tiada lagi kategori jantina. Semua lelaki dan wanita berlawan. Dalam divisyen ini, nama pasukan nanti adalah Thunderstorm,” katanya.
Kejohanan Piala Dunia UPBF dibahagikan kepada lima kategori iaitu lelaki, wanita, veteran, Bawah 19 tahun (B-19) dan Bawah 16 tahun (B-16).
Turut berlangsung di Dreux ialah pertandingan NXL Eropah 2024 yang terbahagi kepada tujuh divisyen dengan lebih 50 pasukan berentap. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 19 2024

Nurul Salwa (kiri) dan sebahagian pemain pasukan Thunderstorm yang akan membawa cabaran negara pada Piala Dunia Paintball di Perancis hujung bulan depan.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

10 pemain bawa cabaran negara ke Piala Dunia Paintball di Perancis
PASUKAN paintball wanita dari Lembah Klang, Thunderstorm akan membawa cabaran Malaysia di Kejohanan Piala Dunia Persekutuan Paintball (UPBF) di Dreux, Perancis hujung bulan depan.