Bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin sepatutnya berterima kasih kepada UMNO kerana pernah memberi peluang kepadanya menjawat jawatan Menteri Penerangan walaupun bukan seorang pemimpin politik yang disegani.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata sikap Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam yang hanya menyerang UMNO dan kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan yang beliau seorang yang tidak tahu mengenang budi.
"Kerana UMNO, dia berpeluang menjawat jawatan tertinggi di akhbar arus perdana. Kerana UMNO juga, dia diberi peluang berada dalam Kabinet biarpun bukannya seorang pemimpin politik yang lahir daripada akar umbi UMNO.
"Orang Melayu biasanya sedikit-sebanyak akan tersemat di hati perasaan rendah diri dan tahu berterima kasih apatah lagi kepada parti yang pernah memberi keselesaan hidup kepadanya.
"Sikap mengungkit dan cuba memberi gambaran seolah-olah UMNO dan kerajaan yang ada hari ini tidak pernah berjasa kepada rakyat merupakan satu perbuatan yang tidak wajar," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: Faktor umur mungkin buat Zainuddin Maidin terlupa demokrasi UMNO - Armand
BACA: Perjuangan UMNO tidak berganjak untuk Melayu, umat Islam - Syed Ali
Syed Ali mengulas tulisan terbaru Zam di sebuah portal yang mendakwa UMNO sudah tiada masa depan lagi kerana jasanya yang tersemat di hati rakyat telah terpadam.
Dalam tulisan tersebut, Zam dipetik sebagai berkata UMNO sedang mengalami zaman keruntuhan di bawah kepimpinan yang sedang menghadapi masalah besar untuk menebus kembali maruah bangsa, agama dan negara.
"Saya tidak tahu apa sebenarnya masalah Zam dengan UMNO dan Najib, tetapi tindakannya yang berterusan mengecam dan menyerang UMNO merupakan keterlaluan kerana parti itu pernah berjasa kepadanya.
Mengulas lanjut, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, tuduhan Zam kononnya UMNO sedang mengalami zaman keruntuhan hanyalah persepsi yang sarat dengan perasaan marah terhadap parti dan pentadbiran Najib.
"Dakwaan tersebut pada hemat saya tercetus akibat sifat kecewa, sikap ego dan rasa taksub melampau terhadap individu tertentu yang perlu sentiasa dipuja atas kecemerlangannya pada suatu ketika.
"UMNO akan terus kukuh di persada politik tanah air selagi dibarisi pemimpin-pemimpin yang berjiwa kental dan tidak pernah kenal rasa kecewa, dendam dan marah disebabkan agenda peribadi.
"Walapun Zam mendakwa UMNO tiada masa depan, tetapi percayalah, masa depan UMNO akan terus bersinar selagi tidak dibayangi dan dicemari oleh pemimpin yang rakus, tamak dan tidak tahu mengenang budi," tegasnya.
Katanya lagi, tidak menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak untuk membuat perbandingan kejayaan seseorang pemimpin tetapi pandangan tersebut sepatutnya dibuat secara jujur dan tidak dipengaruhi sentimen kebencian dan rasa kecewa.
"Berdasarkan kepada tulisan Zam sebelum ini, tergambar sikap amarah dan kekecewaan bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia itu terhadap pentadbiran Najib sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri.
"Sebagai seorang yang berpengalaman dalam media arus perdana dan pernah seketika berada dalam jemaah Kabinet kerajaan yang didukung UMNO, sepatutnya Zam lebih berhemah dan bijaksana.
"Saya menasihati Zam supaya kembali melihat kepada realiti politik hari ini yang mana golongan muda merupakan penentu kepada masa depan negara," jelasnya.
Astro Awani
Mon May 29 2017

Syed Ali (kanan) berkata, Zainuddin (kiri) sepatutnya berterima kasih kepada UMNO kerana pernah memberi peluang kepadanya menjawat jawatan Menteri Penerangan.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Zam, jangan jadi manusia tidak tahu kenang budi - Syed Ali
Tan Sri Zainuddin Maidin sepatutnya berterima kasih kepada UMNO kerana pernah memberi peluang kepadanya menjawat jawatan Menteri Penerangan walaupun bukan seorang pemimpin politik yang disegani.