KUALA LUMPUR: Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersetuju agar seorang wakil UMNO mewakili Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pulau Pinang bagi mengangkat semangat Kerajaan Perpaduan, kata Setiausaha Agungnya Anthony Loke.
Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata perkara itu sebulat suara dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung malam ini.
"DAP menerajui Pulau Pinang menerusi Ketua Menteri kita daripada parti DAP, satu-satunya negeri diterajui Ketua Menteri daripada DAP.
"CEC bersetuju kita cadangkan kepada Ketua Menteri untuk melantik seorang ahli exco daripada UMNO mewakili BN sebab ada dua calon BN yang menang di Pulau Pinang, maka kita akan lantik wakil BN untuk menduduki dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang," katanya dalam sidang media di sini malam ini.
Turut hadir Pengerusi DAP Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching dan pimpinan tertinggi parti itu.
LOKE-EXCO 2 KUALA LUMPUR
Semalam, Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri bagi penggal kedua setelah gabungan PH-BN memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN)
Daripada jumlah itu, DAP memenangi kesemua 19 kerusi ditandingi, manakala PKR meraih tujuh kerusi, BN (2) dan Amanah satu kerusi.
Dua kerusi dimenangi BN ialah di Bertam menerusi Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Sungai Acheh yang diwakili Rashidi Zinol.
Sementara itu, Loke berkata parti itu juga akan mengemukakan nama calon kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk diangkat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di tiga negeri diterajui gabungan BN-PH iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, dalam masa terdekat ini.
Berhubung pascanilai selepas PRN berhubung kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan, Loke berkata buat masa ini ia belum dilaksanakan.
LOKE-EXCO 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Yang jelas bahawa di kerusi-kerusi yang kita menang ia menunjukkan kerjasama baik antara PH dan BN, ini amat jelas sekali di Negeri Sembilan di mana kita menang 31 daripada 36 kerusi atas kerjasama antara dua gabungan walaupun ia kerjasama baharu tapi ia formula kejayaan dalam pilihan raya," katanya.
Pada masa sama, Loke menyifatkan kerusi DUN Sungai Pelek di Selangor yang dimenangi DAP pada PRN kali ini, sebagai 'kerusi kebanggaan' parti itu, memandangkan hampir 60 peratus pengundi di situ merupakan pengundi Melayu, kira-kira 20 peratus pengundi Cina dan 15 peratus pengundi India.
"Kita meletakkan seorang calon pemimpin akar umbi daripada kaum Cina dan berjaya tewaskan calon PN daripada Bersatu, ini satu contoh kejayaan yang sangat signifikan dan menunjukkan pengundi di Selangor, termasuk Melayu boleh menerima calon PH," katanya.
Pada PRN baru-baru ini, DAP menang 46 daripada 47 kerusi DUN yang ditandingi di empat negeri, iaitu 19 kerusi di Pulau Pinang, Selangor (15), Negeri Sembilan (11) dan satu kerusi di Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023
![Wakil UMNO akan dilantik sebagai Exco Pulau Pinang - Loke Wakil UMNO akan dilantik sebagai Exco Pulau Pinang - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691643637_TBCALONDAP.jpg)
Loke berkata perkara itu sebulat suara dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung malam ini. - Gambar fail/Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Wakil UMNO akan dilantik sebagai Exco Pulau Pinang - Loke Wakil UMNO akan dilantik sebagai Exco Pulau Pinang - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691643637_TBCALONDAP.jpg)
Wakil UMNO akan dilantik sebagai Exco Pulau Pinang - Loke
Loke berkata perkara itu sebulat suara dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung malam ini.
![Muktamar Pas: Sudah dijemput, tetapi tiada seorang pun wakil UMNO hadir - Takiyuddin Muktamar Pas: Sudah dijemput, tetapi tiada seorang pun wakil UMNO hadir - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662188063_DatukSeriAbdulHad.jpg)
Muktamar Pas: Sudah dijemput, tetapi tiada seorang pun wakil UMNO hadir - Takiyuddin
Tidak ada seorang wakil daripada parti UMNO hadir dalam Majlis Perasmian dan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Pas ke-68 hari ini.