KUALA NERANG: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan bahawa parti itu masih belum dapat mengenalpasti secara mendalam kecenderungan dan sikap terhadap sokongan daripada pengundi berumur 18 tahun terhadap UMNO dalam menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Johor, Mac depan.
Bagaimanapun menurutnya, pelbagai pelan dan usaha telah dilakukan bagi menarik sokongan daripada kumpulan usia terbabit yang juga merupakan pengundi kali pertama.
Beliau turut melihat, situasi sama turut dihadapi parti-parti lain dalam berhadapan dengan cabaran dalam memikat hati pengundi muda ini.
"Sebenarnya bercakap mengenai undi umur 18 ini adalah sesuatu yang di luar daripada jangkaan (kebanyakan) parti politik di Malaysia, bukan sahaja UMNO, semua parti politik sedang melakukan pelbagai usaha dalam dekati pengundi 18 tahun, macam-macam usaha (yang dilakukan).
"Itu parti (masing-masing) yang ada akan berusaha, cumanya semua masih tak berapa tahu macam mana sikap mereka kepada parti politik terhadap mengundi, ini pertama kali, (kita) tidak tahu lagi macam mana 'pattern' dia, dia nak sokong siapa? dia tak sokong siapa? dia nak bagi undi dekat siapa? dan macam mana dia nak ambil benda (sebagai satu data yang tepat)?
"Saya ingat lepas pilihan raya ini kita tahu (sikap pengundi 18 tahun terhadap pilihan raya yang diadakan), (PRN Johor sebenarnya) dia bukan medan ujian Undi18, sebenarnya dia adalah pilihan raya biasa yang mana budak-budak (muda) ini (akan) datang mengundi, di kalangan anak muda (semuanya? belum kita ketahui mereka punya sikap," katanya.
Mahdzir berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Taman Desa Pudina, PPK Kubang Kenyeng, Kuala Nerang pada Ahad.
Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa pendaftaran Undi18 secara automatik akan dilaksanakan bermula pada 1 Januari 2022.
Susulan itu, kira-kira empat juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun kini layak mengundi sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun 2022.
Abdul Hadi Che Awang
Sun Feb 13 2022
![Undi18: UMNO belum kenalpasti kecenderungan pengundi muda- Mahdzir Undi18: UMNO belum kenalpasti kecenderungan pengundi muda- Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643281981_MahdzirKhalid.jpg)
Mahdzir berkata situasi sama turut dihadapi parti-parti lain dalam berhadapan dengan cabaran dalam memikat hati pengundi muda ini. - Gambar fail
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721100842_iOSPublicBeta.jpg)
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
Saya 'pelik' soalan YB Hulu Terengganu - Timbalan Menteri KPDN
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pelik dengan soalan YB Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengaitkan harga barang naik dan subsidi diesel antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
PKPS 2.0: LHDN kutip RM512.6 juta - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata LHDN sudah mengutip RM512.6 juta melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![PRN: 'Saya dah cukup umur undi' PRN: 'Saya dah cukup umur undi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691823303_PRU.jpg)
PRN: 'Saya dah cukup umur undi'
Mohd Aiman yang bertubuh kecil mencuri tumpuan ketika berbaris menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus.
![Hentikan sokongan melalui SD, tambah baik keadilan jenayah babit VIP - Undi18 Hentikan sokongan melalui SD, tambah baik keadilan jenayah babit VIP - Undi18](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676446749_TBparlimen.jpg)
Hentikan sokongan melalui SD, tambah baik keadilan jenayah babit VIP - Undi18
Hentikan sistem sokongan berdasarkan kepada Akuan Bersumpah (SD) dan menambahbaik keadilan jenayah yang melibatkan individu berprofil tinggi.
![Undi18: KBS semak, susun semula program pendidikan literasi politik - Adam Adli Undi18: KBS semak, susun semula program pendidikan literasi politik - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61672046812_AdamAdli.jpg)
Undi18: KBS semak, susun semula program pendidikan literasi politik - Adam Adli
KBS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sedang menyemak dan menyusun semula Program Pendidikan Literasi Politik bagi menarik minat belia.
![Daftar pemilih tambahan September dibuka untuk semakan - SPR Daftar pemilih tambahan September dibuka untuk semakan - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41669979490_SPR.jpg)
Daftar pemilih tambahan September dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2022 (DPT BLN9/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 31 Dis.
![Undi18: Pengundi kali pertama perlu bimbingan - ABIM Undi18: Pengundi kali pertama perlu bimbingan - ABIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668050004_TBUNDIFAZRIL.jpg)
Undi18: Pengundi kali pertama perlu bimbingan - ABIM
Kumpulan belia Undi18 adalah anak muda yang baharu hendak mengenal dunia politik dan sewajarnya mereka diberi bimbingan serta maklumat tepat.
![PRU15: Libatkan NGO dan masyarakat dalam proses pemilihan calon - Fauzi Fadzil PRU15: Libatkan NGO dan masyarakat dalam proses pemilihan calon - Fauzi Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667384777_SPRKL.jpg)
PRU15: Libatkan NGO dan masyarakat dalam proses pemilihan calon - Fauzi Fadzil
Penglibatan langsung Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat perlu menjadi keutamaan dalam proses pemilihan calon parti politik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
![PRU15: Isu lokal bukan tumpuan pengundi muda atas pagar - Undi18 PRU15: Isu lokal bukan tumpuan pengundi muda atas pagar - Undi18](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667335709_TBQyiraYusri.jpg)
PRU15: Isu lokal bukan tumpuan pengundi muda atas pagar - Undi18
Mereka lebih cenderung memilih calon yang mengangkat isu nasional memandangkan ramai yang tidak tinggal di kawasan mereka mengundi.
![PRU15: Belia titikberatkan isu kestabilan politik, ekonomi dan kos sara hidup PRU15: Belia titikberatkan isu kestabilan politik, ekonomi dan kos sara hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629800081_TBLIMSAN.jpg)
PRU15: Belia titikberatkan isu kestabilan politik, ekonomi dan kos sara hidup
Kerajaan seterusnya perlu meningkatkan usaha untuk memastikan peranan belia, kata Presiden Persatuan Pemimpin Muda UM, Lim San Shein
![PRU15: Pengundi baharu mahu pemimpin bebas rasuah, selami hati rakyat PRU15: Pengundi baharu mahu pemimpin bebas rasuah, selami hati rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666426456_UNDI.jpg)
PRU15: Pengundi baharu mahu pemimpin bebas rasuah, selami hati rakyat
Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu ditadbir oleh pemimpin yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab bagi membentuk sebuah negara yang dipandang tinggi di mata dunia.
![Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666345049_TengkuRazaleigh.jpg)
Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi
Pemilih berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diseru keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.