UMNO akan menjadi sebuah parti yang lemah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 sekiranya tidak memecat anggota parti yang bersekongkol dengan pembangkang dalam menandatangani 'Deklarasi Mahathir', baru-baru ini.
Anggota Dewan Negara, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata dalam keadaan politik sekarang, UMNO tidak boleh mempunyai 'gunting dalam lipatan' yang boleh memecah belahkan parti dari dalam dan perlu segera melakukan 'pemutihan parti' bagi memastikan UMNO terus kukuh.
"Anggota (UMNO) yang bersekongkol dengan pembangang terutama DAP sudah tentu akan mengelirukan anggota parti (UMNO) yang lain seterusnya akan menjejaskan jentera UMNO dan parti secara keseluruhannya pada PRU Ke-14 nanti.
"Saya tegaskan di sini UMNO hanya perlukan anggota parti yang benar-benar setia. Kita mahu jelas sama ada sokong UMNO atau tidak, tidak boleh sokong UMNO tetapi tidak sokong pemimpin parti, sokong UMNO secara keseluruhannya," katanya pada sidang media, di sini malam tadi.
Terdahulu, Mohd Ali, yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, merasmikan Mesyuarat Agong Berkelompok Cawangan UMNO Dewan Undangan Negeri Bukit Baru di Bukit Katil di sini.
Beliau mengulas tindakan bekas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lepas mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.
Deklarasi itu turut ditandatangani bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
Mohd Ali berkata sebagai anggota UMNO yang menjaga amanah orang Melayu di negara ini beliau tidak dapat menerima tindakan anggota UMNO yang sanggup bersekongkol dengan DAP yang jelas mempunyai agenda negatif terhadap orang Melayu.
"Saya hormati beliau (Dr Mahathir) dan tidak mengkritik beliau tetapi saya tidak boleh terima apabila beliau sanggup bekerjasama dengan DAP, walau apapun alasannya matlamat tidak menghalalkan cara," katanya.
Justeru, Mohd Ali, yang juga bekas ketua menteri Melaka, berkata anggota UMNO dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya perlu menilai sebaiknya apa yang berlaku dalam senario politik negara sekarang.
Bernama
Thu Mar 10 2016

ALI: UMNO tidak boleh mempunyai 'gunting dalam lipatan' yang boleh memecah belahkan parti dari dalam dan perlu segera melakukan 'pemutihan parti'. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

UMNO tidak boleh ada 'gunting dalam lipatan' - Ali Rustam
UMNO tidak boleh mempunyai 'gunting dalam lipatan' yang boleh memecah belahkan parti dari dalam dan perlu segera melakukan 'pemutihan parti'.