UMNO menerima keputusan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk keluar daripada parti itu, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata menurut peraturan parti, sekiranya Mohd Shafie sudah mengisytiharkan untuk keluar parti, secara automatik beliau bukan lagi anggota UMNO.
"Kita delete sahaja nama dia daripada keahlian (UMNO)," katanya kepada Bernama apabila diminta mengulas pengumuman Mohd Shafie meninggalkan UMNO hari ini.
Bekas naib presiden UMNO itu yang digantung keanggotaannya daripada parti pada 24 Jun lepas, membuat pengumuman berkenaan ketika menghadiri majlis Rakyat Bersama Anggota Parlimen Semporna, di Semporna Sabah hari ini.
Tengku Adnan berkata: "Sesiapa yang nak keluar daripada UMNO, silakan... sebab kita hanya perlukan ahli yang betul-betul bertanggungjawab, setia dan amanah untuk berada dalam parti."
"Barangkali dia (Shafie) kecewa digugurkan jawatan daripada kabinet atau mungkin ada sebab lain...dia tak patut ikut emosi, kalau sayang parti jangan ikut emosi, macam-macam masalah boleh jadi," katanya.
Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Johari Abdul Ghani berkata keputusan Mohd Shafie meninggalkan parti tidak memberi kesan kepada parti walaupun beliau didakwa mempunyai pengaruh yang besar dalam UMNO.
Ini, katanya, adalah kerana semangat bersatu padu merupakan antara elemen yang penting bagi mengukuhkan parti berbanding individu itu sendiri.
"Setiap pemimpin itu kekuatannya bergantung kepada kekuatan parti. Kalau parti tidak kuat, kuat mana pun seorang pemimpin itu akhirnya tidak akan memberi sebarang kesan, yang penting parti kena kuat dan bersatu," katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan Hari Raya oleh Anggota Lembaga Pelawat Hospital Kuala Lumpur, di hospital berkenaan, di sini hari ini.
Menurut Johari, tindakan Mohd Shafie keluar parti adalah keputusan beliau sendiri.
"Kalau dia (Mohd Shafie) buat keputusan untuk tinggalkan UMNO dan untuk menyertai mana-mana parti lain kita ucapkan selamat maju jaya," katanya.
Bernama
Mon Jul 04 2016
TENGKU ADNAN: "Sesiapa yang nak keluar daripada UMNO, silakan... sebab kita hanya perlukan ahli yang betul-betul bertanggungjawab." - Gambar fail
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Bersatu Bahagian Tenggara terbubar, ketua dan 15 AJK umum keluar parti
Katanya, keputusan dibuat sebulat suara selepas mempertimbangkan beberapa faktor termasuk hilang keyakinan terhadap pimpinan tertinggi.
Saya tak tahu punca ramai tinggalkan parti - Amir Hariri
Amir Hariri berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana ahli meninggalkan parti sekiranya mereka mempunyai prinsip dan perjuangan berbeza.
Anwar harap Ramasamy terus main peranan bantu kerajaan laksana pendekatan Madani
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya tindakan terbaharu bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu berkaitan masalah dalaman parti.
PRN Pulau Pinang: Bekas ADUN DAP pula umum keluar parti, bertanding Bebas
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M. Satees mengumumkan keluar DAP seterusnya bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos ini.
Warisan tetap heret 11 ADUN keluar parti ke mahkamah
Parti Warisan tetap akan mengambil tindakan mengheret 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar daripada parti itu ke mahkamah.
Dianggap sebagai 'ancaman', Sivaraj umum keluar MIC serta-merta
Ahli Dewan Negara, Datuk Sivaraj Chandran hari ini mengumumkan keluar dari parti MIC berkuat kuasa serta-merta.
ADUN Limbahau keluar KDM, sokong kerajaan negeri Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau itu mengesahkan hasratnya sudah disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam majlis rumah terbuka di Papar pada Sabtu
Gagasan Rakyat terima secara rasmi permohonan bekas ADUN Warisan, UMNO
Hajiji berkata, adalah menjadi hak kepada semua ADUN ini untuk menentukan pendirian serta masa depan politik mereka.
'Kami keluar lebih awal kerana tahu kemungkinan dipecat atau digantung' - ADUN Sindumin
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri bersedia dengan sebarang tindakan yang diambil ke atas kesemua mereka yang bertindak keluar parti.
Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti dan mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).