UMNO peringkat cawangan di Johor ada hak untuk menilai surat terbuka oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan segalanya terserah kepada kepimpinan UMNO peringkat cawangan yang memulakan persidangan sejak semalam.
"Sesiapapun boleh tulis surat tetapi kita sedang lalui proses dalaman mesyuarat agung dalaman parti dan terpulanglah pada cawangan-cawangan untuk melihat surat itu bagaimana, itu sahaja saya cakap," kata Mohamed Khaled menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) dan Tenaga Penggerak BTN di sini.
Beliau yang juga Menteri Besar Johor mengulas mengenai surat terbuka Dr Mahathir kepada seluruh ahli cawangan UMNO yang bersidang supaya mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Langkah berkenaan disifatkan oleh bekas Presiden UMNO itu sebagai usaha menyelamatkan UMNO sekarang tanpa perlu menunggu pilihan raya akan datang.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan UMNO Pagoh yang mengumpul lebih 1,000 tandatangan sebagai menyokong 'Deklarasi Rakyat', Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor percaya perkara itu akan diteliti pucuk pimpinan parti.
"Walau apa pun kita percaya bahawa apa yang dilakukan oleh cawangan-cawangan mesti mereka mempunyai sebab mereka dan saya pasti ibu pejabat akan meneliti perkara ini," ujar beliau.
Semalam, menerusi mesyuarat cawangan dalam bahagian pagoh yang dirasmikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebanyak 1052 tandatangan dikumpul sebagai simbolik menyokong desakan terkandung dalam deklarasi berkenaan.
Astro Awani
Sat Mar 19 2016
KHALED: Terpulanglah bagaimana cawangan-cawangan untuk melihat surat itu.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Hukuman lima kadet ALK-UPNM terbabit kes buli dua minggu lagi
Keputusan hukuman terhadap lima kadet ALK Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terbabit dalam dua kes buli berasingan diketahui dalam tempoh dua minggu.
Keputusan perolehan Black Hawk tunggu Oktober ini - Khaled Nordin
Perkembangan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM) akan diketahui pada Oktober ini.
Ahli UMNO jangan desak parti - Khaled Nordin
Semua ahli UMNO diingatkan agar tidak lagi mendesak kepimpinan parti dengan pelbagai tuntutan yang sukar untuk dipenuhi.
Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, status tersebut merupakan yang terkini dilaporkan pada beliau, iaitu sehingga Mei 2024.
Konflik Gaza cabar hati nurani setiap manusia - Khaled Nordin
Malaysia kekal dengan pendirian menyokong gencatan senjata serta-merta dan menyambut baik sebarang cadangan yang membantu ke arah mencapai matlamat itu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa
Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
Mindef tidak lengahkan pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif LTAT
Mindef masih mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas dikosongkan baru-baru ini.
Tiada gerakan jatuhkan Presiden UMNO - Khaled Nordin
UMNO menafikan dakwaan terdapat gerakan didalangi Ketua Bahagian untuk menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.