BERA: UMNO dan Pas mungkin boleh bekerjasama kembali kerana dalam politik semuanya boleh berlaku, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kedua-dua parti itu juga, kata Ismail Sabri, patut elak sikap caci-mencaci dan serang-menyerang demi keharmonian umat Islam.
Menurut Ismail, ini adalah kerana dalam politik tidak selama-lamanya menjadi musuh dan begitu juga sebalik tidak selama-lamanya bergelar kawan.
"Saya harap kita sesama kita ni terutamanya yang UMNO-Pas selama ini telah cuba bekerjasama membentuk Muafakat Nasional (MN) cuba elakkan daripada cacipmencaci tuduh-menuduh di antara satu sama lain.
“Sebagai umat Islam, tak sepatutnya kita menyerang sesama sendiri sebab hubungan tu mungkin boleh elok semula akan datang dan kita dalam politik ini tidak selama-lamanya menjadi musuh, tidak selama-lamanya menjadi kawan, sepatutnya kita cuba elakkan daripada menyakitkan hati sesiapa dalam politik.
“Mana tahu satu hari nanti entah nak duduk bersama balik demi kepentingan umat Islam dan Melayu di negara kita, jadi kalau kita lepas cakap tuduh yang bukan-bukan akhirnya boleh menyebabkan timbulkan sakit hati antara satu sama lain… sebab itu saya cuba mengelakkan daripada mengeluarkan kata-kata kesat kepada sesiapa sekalipun," kata Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan jentera Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Bera di sini, pada Ahad.
Pada Jumaat, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas mengambil keputusan menangguhkan kerjasa dengan UMNO kerana ada kekeruhan di dalam UMNO.
Presiden Pas itu berkata, beliau bukan mahu bermusuh dengan UMNO tetapi di dalam UMNO masih ada yang tidak sedar diri hingga menimbulkan kekeruhan.
Astro Awani
Sun Oct 16 2022
UMNO dan Pas mungkin boleh bekerjasama kembali kerana dalam politik semuanya boleh berlaku, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Presiden Serbia bubar Parlimen, pilihan raya awal dijadual pada 17 Disember
Aleksandar Vucic meminta rakyat dan ahli politik untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.
Thailand bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada Mei
Raja Maha Vajiralongkorn telah mengesahkan dekri untuk membubarkan Parlimen, menurut Warta Diraja yang diterbitkan pada Isnin.
Thailand akan bubar Parlimen pada Mac, pilihan raya 7 Mei
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha akan membubarkan parlimen pada Mac dan pilihan raya mungkin akan diadakan pada 7 Mei.
PRU15: Mahkamah putuskan PM tak perlu berunding dengan Kabinet untuk bubar Parlimen
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkata Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri kerana itu adalah hak mutlak beliau sebagai Perdana Menteri.
Pasukan Jihad Tangani Inflasi masih berfungsi, tidak bubar - Annuar
Annuar berkata pasukan itu juga tidak dibubarkan kerana masalah berkaitan inflasi masih lagi menjadi tanggungjawab kerajaan ketika ini.
Keputusan pembubaran DUN Pulau Pinang diketahui petang Rabu
Keputusan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan diketahui selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada petang Rabu.
PRU15: UMNO mohon bubar Parlimen demi kemaslahatan, masa depan rakyat - Zahid
UMNO memohon Parlimen dibubarkan ketika kerajaan campuran berada di puncak kuasa demi kemaslahatan dan masa depan rakyat serta negara, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pas kecewa situasi memaksa Parlimen dibubar tergesa-gesa - Abdul Hadi
Pas melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa.
PRU15: BN perlu bertanggungjawab jika berlaku kemudaratan - Hannah Yeoh
Hannah Yeoh berharap BN akan bertanggungjawab seandainya berlaku sebarang kemudaratan akibat PRU15 yang diadakan semasa musim bah.
PRU15: 'Ini masa untuk memecut' - Rafizi
Rafizi berkata ada kemungkinan PRU15 akan berlangsung sebelum minggu kedua November.