KUANTAN: UMNO Pahang menzahirkan rasa sedih berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, UMNO Pahang mendoakan semoga bekas Perdana Menteri itu dan keluarga diberi ketabahan, kekuatan serta kecekalan dalam menghadapi ujian yang cukup berat itu.
"Amat besar jasa dan sumbangan yang telah beliau curahkan dalam membangun dan memajukan negeri Pahang serta negara sepanjang khidmatnya sebagai Perdana Menteri.
"Kami sangat hargai setiap jasa, keringat dan sumbangan yang telah dicurahkan pemimpin itu selama ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ujar beliau, perjuangan dan komitmen tidak berbelah bahagi Ahli Parlimen Pekan itu dalam mempertahankan parti dan membongkar penipuan serta putar belit pihak lawan sentiasa menjadi inspirasi kepada UMNO Pahang.
"Insya-ALLAH, Parlimen Pekan akan terus dijaga, diurus tadbir dan diberi perhatian sewajarnya demi manfaat rakyat secara keseluruhannya," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 24 2022
WAN ROSDY: Insya-Allah, Parlimen Pekan akan terus dijaga, diurus tadbir dan diberi perhatian sewajarnya demi manfaat rakyat secara keseluruhannya. - Gambar fail
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Wan Rosdy akan rampas kerusi Lipis hanya serangan lemah pembangkang
Tindakan pembangkang yang menimbulkan pelbagai persepsi termasuk kononnya Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan merampas kerusi Parlimen Lipis sebagai serangan tempang dan lemah.
PAU2023: UMNO Pahang 1,000 kali ganda merindui Najib Razak - Wan Rosdy
Jelas Wan Rosdy yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, UMNO Pahang amat merindui pemimpin yang menjadi tulang belakang parti di peringkat negeri itu sebelum ini.
UMNO Pahang lantik lapan pegawai, pengerusi majlis baharu
UMNO Pahang melantik lapan pegawai termasuk pengerusi lima majlis baharu dalam usaha membantu parti itu untuk kekal relevan dan mendapat sokongan rakyat.
Pemilihan UMNO: Wan Rosdy, Ismail Sabri antara enam ketua bahagian menang tanpa bertanding
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara enam ketua bahagian di Pahang yang menang tanpa bertanding pada pemilihan parti.
Timbalan Ketua Bahagian sebagai Pemangku Ketua UMNO Pekan - Wan Rosdy
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly, akan menjadi 'caretaker' jawatan Ketua UMNO Pekan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dan denda terhadap penyandangnya,
UMNO Pahang zahir rasa sedih, doakan Najib tabah
UMNO Pahang mendoakan semoga bekas Perdana Menteri itu dan keluarga diberi ketabahan, kekuatan serta kecekalan.
UMNO Pahang kena contohi Pas Kelantan - Ketua Bahagian
Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah berkata, kepimpinan parti tersebut juga turut berjaya menarik sokongan pelbagai kaum lain.
Hormat keputusan Ahmad Husni, henti spekulasi - MB Pahang
Menurut Adnan, setiap individu mempunyai hak untuk menentukan pilihannya dan semua pihak perlu menghormati pilihan itu.