TAWAU: UMNO Kalabakan mengesahkan sudah menghantar senarai nama calon untuk dipilih oleh pucuk pimpinan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Ketuanya, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata pihaknya sudah menyenaraikan dan menghantar beberapa nama untuk calon kerusi Parlimen Kalabakan.
“Kita sudah teliti beberapa nama yang diyakini boleh menang dan dapat menambat hati rakyat pada PRU akan datang.
“Saya yakin pucuk pimpinan di peringkat negeri dan pusat akan menilai senarai calon tersebut berdasarkan prestasi serta kebolehan mereka,” katanya.
Suryady yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu menambah walaupun tarikh PRU masih belum pasti, tetapi UMNO Kalabakan sudah lama bersiap sedia dengan kerja-kerja turun padang.
“Kita juga sudah diarah untuk lebih bersiap sedia dari segi jentera di peringkat bahagian dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) minggu lalu.
“Selain itu, kita juga sudah mengadakan kursus dan memberi makluman awal kepada seluruh jentera parti supaya sentiasa bersiap sedia,” ujarnya.
Petrus Bernard
Wed Jul 06 2022
Andi Muhammad Suryady Bandy yakin pucuk pimpinan UMNO di peringkat negeri dan pusat akan menilai senarai calon tersebut berdasarkan prestasi serta kebolehan mereka. - Foto Astro AWANI
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
BN Sabah wajar diberikan jawatan menteri - Ketua UMNO Kalabakan
UMNO Kalabakan menyokong kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang meluahkan rasa kesal dengan kabinet baharu.
UMNO Kalabakan sudah hantar senarai calon PRU15
Ketua UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata pihaknya sudah menyenaraikan dan menghantar beberapa nama untuk calon kerusi Parlimen Kalabakan.