Penganalisis politik berpandangan Perikatan Nasional (PN) kekal menerajui kepimpinan Negara di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan sokongan ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta ahli Dewan Undangan Negeri dalam pembentukan kerajaan pusat dan di beberapa negeri tertentu.
Menurut penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian, walaupun UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, ini tidak harus menimbulkan kekecohan kerana UMNO sememangnya tidak pernah menyertai PN sejak penubuhan kerajaan pimpinan Muhyiddin.
"Situasinya masih status quo. PN kekal memerintah," kata Sivamurugan semasa mengulas pengumuman Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa UMNO tidak akan menyertai PN, sebaliknya mahu mengukuhkan kedudukan Muafakat Nasional bersama PAS.
"Kenyataan Zahid untuk kukuhkan Muafakat Nasional dan ketepikan kolaborasi politik PN. Ini tak bermakna tak bersama kerajaan. Perikatan Nasional itu sendiri adalah tidak formal," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau turut menyifatkan pengumuman Ahmad Zahid itu ada kaitan dengan tekanan yang diterimanya daripada ahli-ahli parti susulan ura-ura PN akan didaftarkan secara rasmi selain keputusan bersalah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dijatuhkan mahkamah pada Selasa lepas.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berkata selama ini UMNO hanya membawa agenda Muafakat Nasional yang menumpukan kepada penyatuan Melayu dan umat Islam dalam kempen pilihan raya kecil.
"Langkah politik UMNO tidak bersama PN adalah pelik, bagaimanapun secara teknikalnya tidak menjejaskan kerajaan sedia ada.
"Implikasinya ialah pada pilihan raya. Ini bermakna Muafakat Nasional dan Bersatu boleh bertanding sesama sendiri. Kalau Bersatu nak masuk Muafakat Nasional, maka UMNO dan PAS kena ubah piagam Muafakat Nasional yang selama ini adalah mengenai penyatuan agenda Melayu Islam di antara UMNO dan PAS. Jika berjaya dilakukan (Muafakat Nasional + Bersatu), maka percaturan politik di PRU (pilihan raya umum) akan datang lebih mudah," katanya.
Penganalisis politik daripada Universiti Putra Malaysia Dr Syed Agil Alsagoff pula menyifatkan keputusan UMNO jelas menunjukkan strategi parti itu untuk memperkukuh pakatan Muafakat Nasional yang didominasinya bersama PAS berbanding PN yang dikuasai Bersatu.
"Namun apa yang saya sangsikan sekarang ialah apa yang akan berlaku kepada parti komponen BN, khususnya MCA dan MIC. Ini kerana Muafakat Nasional adalah mengenai perjuangan Melayu dan Islam.
"Dari segi politik, ini nampak tidak kena kerana berlandaskan kepada persetujuan dan kepercayaan semata-mata," kata Syed Agil yang tidak menolak kemungkinan bahawa apa yang berlaku semalam adalah isyarat kepada semua pihak bahawa PRU-15 semakin hampir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 30 2020

Sivamurugan menyifatkan pengumuman Ahmad Zahid ada kaitan dengan tekanan yang diterimanya daripada ahli-ahli parti. - Gambar fail
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar
Anwar menyeru semua ahli supaya terus berpegang dan mempertahankan idealisme perjuangan parti, yang menolak sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan khianat.

Polis siasat kes ADUN dituduh cabul ahli parti
Suspek juga mengingatkan pengadu supaya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian itu.

UMNO enggan sertai PN tidak jejas status quo kerajaan - Penganalisis
Ia tidak harus menimbulkan kekecohan kerana UMNO sememangnya tidak pernah menyertai PN sejak penubuhan kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Muktamad! Keahlian Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga lain terhenti serta merta - MPT
Perkara itu selaras dengan peruntukan Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan Bersatu, dan tafsiran MPT berhubung terhentinya keahlian mereka adalah muktamad.

Henti telagah, jangan takut hilang kuasa - PM
Tegasnya yang juga merupakan Pengerusi PH, kekuatan kerajaan di bawah PH bergantung kepada perpaduan dan keutuhan ahlinya.

Terserah ahli terima atau tidak - Ahmad Zahid
Menurutnya, keputusan yang dibuat untuk kembali daripada bercuti merupakan keputusan peribadi memandangkan pertuduhan mahkamah yang dikenakan ke atasnya bersifat peribadi.

Bersatu utama anggota yang berkualiti - Rais Yatim
Keanggotaan berkualiti merujuk kepada anggota yang kenal dengan perlembagaan, budaya berparti dan kepentingan parti.

Saya tak setuju desakan supaya Azmin letak jawatan - Anwar
Beliau juga menegaskan tidak sependapat dengan setiausaha politiknya itu berkenaan isu video lucah yang mengandungi aksi seks luar tabii, didakwa membabitkan Mohamed Azmin.

Zahid wajar terus berehat demi untuk pulihkan UMNO - Penganalisis
Pada pendapatnya, jika Ahmad Zahid terus bercuti, atau meninggalkan parti, ia merupakan satu keputusan yang tepat untuk memulihkan UMNO bagi berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tun Mahathir beri isyarat jelas tolak budaya UMNO dalam Bersatu
Katanya, walaupun berlapang dada dengan kemasukan mereka, Pengerusi Bersatu itu dilihat turut mengambil kira pengorbanan anggota parti sedia ada.