UMNO dan Barisan Nasional telah berjaya merealisasikan kebangkitan bangsa Melayu yang dahulunya mundur dalam pendidikan akibat kemiskinan tegar, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata perkara itulah yang ingin disampaikannya ketika berucap pada majlis Anugerah Nadi Negara 2017 di Kuala Lumpur Sabtu lalu yang disampaikan tanpa teks yang mungkin tidak kemas penyampaiannya.
"Jika ada kesilapan teknikal dari segi ucapan yang tidak disengajakan (oleh saya), itu adalah kelemahan yang ada pada semua manusia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengecam kenyataan Tengku Adnan yang menyifatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai tempat mereka yang kurang cemerlang dalam pelajaran.
Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, menjelaskan sebelum peristiwa 13 Mei 1969, keadaan orang Melayu pada masa itu sememangnya amat mundur dan akibatnya pelajar Melayu luar bandar khususnya terkebelakang dalam pelajaran.
"Ini kerana sekolah luar bandar banyak kekurangan dan ramai di antara mereka tidak dapat masuk universiti.
"Oleh itu, pada awal tahun 70-an syarat masuk universiti diturunkan kepada sekadar dua prinsipal dan satu sub untuk layak memasuki universiti menggunakan kuota Hak Keistimewaan Melayu di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB)," katanya.
Mengenai peranan UiTM atau dahulunya dikenali Institut Teknologi Mara (ITM) yang ditubuhkan UMNO, katanya institut itu telah memberi peluang kedua kepada ramai pelajar Melayu untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
"Ramai pelajar Melayu yang tercicir di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan melalui peluang yang diberikan kerajaan, pelajar yang mendapat Gred 3 pun tetap diterima masuk ke ITM.
"Apabila mereka ini diberi peluang dengan kemudahan pembelajaran yang serba cukup, cuba lihat sekarang berapa ramai pelajar yang berjaya hingga mendapat ijazah doktor falsafah dan juga peringkat profesional lain.
"Tiada niat memperkecilkan sesiapa... dan saya minta supaya kita sedar apa kerajaan telah lakukan untuk kita dan ini semua akan hilang jika kita tak bersama menyokong kerajaan," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2017
Tengku Adnan berucap pada Majlis Pelancaran Logo Pertubuhan Alumni pada Anugerah Nadi Negara 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 25 Nov. --fotoBERNAMA / Fail
AGC masih teliti representasi kedua Sanusi gugur pertuduhan menghasut
Jabatan Peguam Negara (AGC) masih meneliti representasi kedua dikemukakan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi menggugurkan dua pertuduhan menghasut.
BRICS tak jejas dasar luar Malaysia
Sebagai negara berdaulat, Malaysia bebas untuk memilih organisasi yang ingin disertai, berdasarkan pertimbangan amat terperinci, yang mampu memberi manfaat kepada negara.
Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri ditangguh 9 Dis
Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman difailkan Shahrir Ab Samad ditangguh.
Kementerian Luar pastikan kepentingan negara terpelihara
Datuk Mohamad Alamin berkata, BRICS ditubuhkan berdasarkan prinsip muafakat dan memberi penekanan terhadap kedaulatan dan integriti teritorial negara-negara anggota.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata antara negara yang boleh dijadikan contoh ialah Switzerland yang telah berjaya mewujudkan rangkaian tempat perlindungan untuk populasi negara itu.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata antara negara yang boleh dijadikan contoh ialah Switzerland yang telah berjaya mewujudkan rangkaian tempat perlindungan untuk populasi negara itu.
Hari ke-3: PM Anwar jumpa pelabur berpotensi
Sektor-sektor berpotensi seperti teknologi dan produk halal dijangka menjadi tumpuan dalam pertemuan bersama kapten industri dan pelabur dari China.
Dan siri berkenaan akan berlangsung pada hari ketiga lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China, hari ini.
Untuk laporan lanjut, kita bersama wartawan Hasimi Muhamad di Shanghai, China.
Dan siri berkenaan akan berlangsung pada hari ketiga lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China, hari ini.
Untuk laporan lanjut, kita bersama wartawan Hasimi Muhamad di Shanghai, China.
Anne Hathaway, Julia Roberts antara selebriti AS jalankan tanggungjawab sebagai pengundi
Pelakon Hollywood Anne Hathaway, Julia Roberts dan Eva Longoria adalah antara selebriti yang berkongsi pengalaman mengundi pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
AWANI Ringkas: SPRM sambung ambil keterangan Vivy dan suami
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Duta Malaysia serah watikah pelantikan kepada Putin
Duta Malaysia ke Rusia, Datuk Cheong Loon Lai adalah antara duta dari 28 negara yang menyerahkan watikah pelantikan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Selasa,
"Saya guna perkataan 'macai' maksudnya pengikut" - YB Besut
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Besut memanggil Ahli Parlimen Jelutong 'macai'. Ahli Parlimen Besut kemudian memberitahu makna perkataan 'macai' sebagai pengikut. #SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
UMNO, BN berjaya realisasikan kebangkitan pendidikan bangsa Melayu - Tengku Adnan
Beliau berkata perkara itulah yang ingin disampaikannya ketika berucap pada majlis Anugerah Nadi Negara 2017 di Kuala Lumpur Sabtu lalu.