KOTA BHARU: “Yang rok rak (tidak tetap pendirian) ialah UMNO, bukan Pas.”
Itu reaksi Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika mengulas pendirian parti berkenaan yang masih utuh dengan Piagam Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan Pas dan UMNO.
Mohd Amar berkata, yang mencetuskan masalah ialah UMNO kerana parti itu mempunyai ‘bisul di punggung’ sehingga menyebabkan mereka tidak memiliki pendirian yang tetap berhubung gagasan pembentukan MN.
Menurut Mohd Amar, penubuhan MN pada asalnya ialah untuk menyatukan umat Melayu-Islam yang pada ketika itu berasa terancam.
“Pas masih tetap dengan pendirian Muafakat Nasional (yang) merupakan penyatuan ummah bagi memperkasakan umat Islam dan menghimpunkan umat Islam-Melayu dalam satu gagasan demi agama dan ummah.
" Yang menimbulkan masalah adalah kalangan segelintir pemimpin UMNO yang naik ‘bisul di punggung’ (apabila Pas menyertai Perikatan Nasional) sedangkan Pas masih tetap dengan pendirian mempertahankan Perikatan Nasional dan pada masa sama memperkasakan Muafakat Nasional," kata Mohd Amar.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata demikian semasa berucap merasmikan Muktamar Muslimat kawasan Pengkalan Chepa di sini, pagi tadi.
Dalam perkembangan sama, Mohd Amar berkata, UMNO Kelantan telah mendahului Pas apabila mengisytiharkan pembubaran MN di negeri itu, sedangkan Pas masih menaruh harapan untuk mempertahakannnya.
“Jadi siapa yang rok rak (tidak tetap pendirian)?" soal beliau.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian mutkamar itu, Mohd Amar membayangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkemungkinan diadakan selepas pembentangan Bajet 2023.
"Melihatkan perkembangan politik saya jangka mungkin Pilihan Raya Umum ke 15 akan diadakan Oktober selepas pembentangan Belanjawan 2023 dan belanjawan dibentangkan lebih awal sedikit, mungkin pada akhir September.
" Perdana Menteri juga mungkin akan melihat (faktor) wow sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen… sesiapa pun jadi Perdana Menteri akan melihat penerimaan rakyat sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
"Cara yang paling sesuai untuk wujudkan wow faktor ialah melalui belanjawan. Belanjawan dalam jadual Parlimen adalah bulan Oktober, tapi saya dengar Perdana Menteri minta pembentangan belanjawan diawalkan (iaitu) akhir September.
“Itu (yang) kita dengar tapi saya tak tahulah, kerana jadual Parlimen tak keluar lagi," katanya.
Pas juga, jelas beliau, bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya sama ada diawalkan atau dilewatkan.
Parti itu juga, katanya, meletakkan sasaran untuk bertanding sekurang-kurangnya di 50 kerusi Parlimen dengan 40 kawasan daripada jumlah itu dimenangi.
"Target (sasaran) kita 50 kerusi Parlimen, tambah kerusi dari sebelumnya, tapi ianya perancangan, kalau perancangan betul dan keadaan memihak kepada kita (Pas) tak mustahil kita dapat capai sasaran," ujar Mohd Amar lagi.
Vivi Sumanti
Fri Jul 01 2022
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (kanan) merasmikan Muktamar Muslimat kawasan Pengkalan Chepa pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Sekolah politik akan direalisasi segera selepas perbincangan modul - Wan Rosdy
Beliau berkata, perbincangan lanjut mengenai modul dan silibus sekolah berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat.
Pemimpin yang baik terima permohonan maaf - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, keterbukaan Perdana Menteri menerima permohonan maaf itu menunjukkan ketokohan sebagai seorang pemimpin yang baik.
Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK
Pemimpin AMK menganggap tindakan segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah mahu menghancurkan kemurnian Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan Zahid Hamidi buktikan kesatuan pimpinan Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mengingatkan pimpinan UMNO supaya tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen membuktikan semangat perpaduan dalam kerajaan.