KUALA LUMPUR :UMNO dikatakan meminta untuk membuat pertemuan dengan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak hari ini, selepas kemelut yang tercetus di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu semalam.
Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, bagaimanapun buat masa ini pihaknya mengambil sikap bertenang terlebih dahulu.
Beliau menyifatan, 'luka di hati' mereka masih belum sembuh.
“Di peringkat Bersatu, sebenarnya kami tidak mempunyai apa-apa masalah untuk berbincang dan juga untuk mencari kata sepakat yang terbaik khususnya dalam membentuk kerajaan dan mentadbir negeri.
“Apa yang berlaku sejak Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) memimpin negeri daripada Pakatan Harapan (PH) ke Perikatan Nasional (PN), saya melihat kita cuba melaksanakan tugas dan amanah ini walaupun di peringkat awal Bersatu hanya ada satu kerusi.
“Apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang di luar jangkaan, tanpa ada perbincangan rasmi... dan menariknya hari ini baru nak panggil berbincang. Lepas keputusan dibuat baru nak panggil berbincang,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI.
Tanpa berselindung, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik itu mengakui mereka kecewa dengan penolakan terhadap ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
“Pada kami, ia merupakan satu pengkhianatan yang agak jelas. Satu usul berbunyi percaya tapi tidak diimplementasi sebegitu rupa.
BACA: Penjajaran politik di Perak? Ini kemungkinan yang bakal berlaku...
BACA: Politik Perak: Perhubungan UMNO Perak adakan mesyuarat malam ini
“Buat masa ini kita ambil pendirian untuk tunggu dan lihat walaupun kita sudah tahu Pas telah keluarkan kenyataan rasmi tidak akan bersama UMNO untuk membentuk kerajaan.
“Saya yakin UMNO tidak mempunyai kerusi yang cukup untuk menubuhkan kerajaan di Perak,” ujarnya.
Tambah beliau, buat masa ini Bersatu Perak menunggu arahan selanjutnya daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya dimaklumkan Ahmad Faizal selaku Timbalan Presiden Bersatu akan berjumpa Presiden dan akan keluarkan arahan selanjutnya... yang wajar dilakukan Adun mewakili Bersatu.
“Dijangka hari ini atau esok,” katanya apabila ditanya bila perjumpaan itu akan diadakan.
Ridauddin Daud
Sat Dec 05 2020
Tanpa berselindung, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik itu mengakui mereka berasa kecewa dengan penolakan terhadap ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. - Gambar fail
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.
NGO gesa polis siasat kenyataan Hamzah ada fail pemimpin kerajaan.
Laporan dibuat bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.
Dakwaan 'Muhyiddin ditahan SPRM' tidak benar - Sumber Bersatu
Sebelum ini beberapa portal melaporkan SPRM akan menahan seorang ahli politik kanan dan mengheretnya ke mahkamah atas pertuduhan rasuah.
Keluar Bersatu: Muhyiddin kecewa bekas pemimpin Bersatu Sabah tidak setia
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang tidak menunjukkan kesetiaan kepada parti.
PRU15 : Srikandi mahukan lebih ramai calon wanita
Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahukan lebih ramai calon wanita bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Kekal bersama parti: Idealisme, prinsip PPBM adalah jati diri saya - Azmin Ali
Ia susulan khabar angin bahawa Mohamed Azmin akan meninggalkan Bersatu dan mengikuti jejak langkah Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Tindakan Zuraida keluar parti menunjukkan Bersatu semakin lemah - Ahmad Maslan
Keputusan Datuk Zuraidah Kamaruddin menunjukkan parti di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin lemah.
USNO kini parti komponen kepada GRS - Hajiji
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia merupakan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi GRS.
PRN Johor: Rancang strategi ampuh bagi halang kerakusan, tamak kuasa UMNO - Pemimpin Bersatu
UMNO dan BN dilihat semakin rakus, tamak kuasa dan gelojoh ingin mengadakan pilihan raya tanpa mengambil kira kesukaran dialami rakyat yang ketika ini masih berhadapan ancaman COVID-19.
PBM perlu buktikan kredibiliti, menangi hati rakyat - Penganalisis
Parti Bangsa Malaysia (PBM) perlu membuktikan kredibiliti mereka sebagai parti baharu yang memperjuangkan konsep berbilang bangsa.