KULAI: Menunaikan janji-janji dalam manifesto yang telah diumumkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, harus menjadi perkara utama yang perlu diambil perhatian.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pelantikan orang muda iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor seharusnya tidak menjadi masalah, kerana manifesto merupakan keutamaan yang harus ditunaikan.
"Usia bukan jadi penghalang, tetapi tunaikan janji itu yang paling utama. Adakah beliau (Onn Hafiz) akan meneruskan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat, sungguh pun ketika itu dia bukan jadi calon?
"Saya rasa itu lebih penting. Jadi, wakil rakyat kita akan memastikan bahawa janji-janji itu ditunaikan khususnya peruntukan RM200,000 kepada setiap kawasan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Kok Wai, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Sementara itu, Guan Eng berkata, wakil rakyat DAP yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan memainkan peranan semak dan imbang, sekali gus memastikan suara rakyat didengari.
"Wakil rakyat DAP juga akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengundi di kawasan mereka.
"Meskipun ada juga calon DAP yang kalah, mereka akan terus beri komitmen dan perkhidmatan dalam kawasan mereka. Saya rasa perkara ini sangat positif, kerana menunjukkan sama ada kita menang atau kalah, calon DAP bersama Pakatan Harapan (PH) tidak putus asa dan terus berkhidmat," kata beliau.
Pada PRN Johor, Barisan Nasional menang 40 daripada 56 kerusi DUN diikuti Pakatan Harapan (11), PN (tiga), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) (satu) dan PKR (satu).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022

Guan Eng berkata, pelantikan orang muda iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor seharusnya tidak menjadi masalah, kerana manifesto merupakan keutamaan yang harus ditunaikan. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.