Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO dilihat telah melanggar prinsip pentingnya perpaduan dalam parti yang turut diperjuangkan beliau ketika memimpin negara selama 22 tahun.
Penganalisis politik berpendapat tindakan mantan perdana menteri itu bukan satu tindakan bijak kerana ia dilihat lebih bersifat peribadi Dr Mahathir terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Apa yang Tun Dr Mahathir buat hari ini amat bercanggah dengan apa yang beliau pernah perkatakan ketika menjadi Presiden UMNO sebelum ini.
"Saya melihat tindakan Tun Mahathir hari ini sudah menjadi terlalu peribadi dengan Najib," kata pensyarah kanan Prof Madya Dr Jeniri Amir dari Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
Dr Mahathir, 90, pada Isnin mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada UMNO.
Sebelum ini, Dr Mahathir keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 selepas beliau dilaporkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan perdana menteri dan presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi.
"Setiap pemimpin ada cara dan prinsip yang berbeza dan saya melihat Dr Mahathir sentiasa mahu melihat adanya seorang perdana menteri yang mempunyai cara yang sama seperti mana beliau pernah menerajui negara ini," katanya.
Jeniri berkata ketika kepemimpinan negara bertungkus lumus berusaha menangani isu berkaitan ekonomi, tindakan bekas presiden UMNO itu dilihat hanya memberi imej yang buruk kepada Malaysia.
"Sekarang masanya pemimpin negara untuk bersatu menghadapi cabaran ekonomi yang pada saya lebih penting dan bukannya berterusan berpolitik," katanya.
Sementara itu, pensyarah Sains Politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Fauzi Abd Hamid berpendapat tindakan Mahathir itu lebih bersifat peribadi dalam usahanya memberi tekanan kepada kepimpinan Najib.
"Ini permainan politik, selepas berusaha menekan dari dalam (parti) gagal, kini beliau cuba menekan pula dari luar," katanya.
Penganalisis Geopolitik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali pula percaya tindakan bersifat peribadi itu tidak akan menjejaskan solidariti ahli-ahli UMNO.
"Jika dibanding situasi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantungkan jawatan sementara sebagai Timbalan Presiden UMNO, kita lihat hanya ada bahagian kecil UMNO sahaja yang tidak menyokong," katanya.
Bernama
Tue Mar 01 2016
![Tun Mahathir langgar prinsip pentingnya perpaduan - Penganalisis politik Tun Mahathir langgar prinsip pentingnya perpaduan - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41456736001_TunMahathir.jpg)
Tun Mahathir pada Isnin mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada UMNO. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Jurugambar Anadolu hilang 47 ahli keluarga akibat serangan udara Israel Jurugambar Anadolu hilang 47 ahli keluarga akibat serangan udara Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700732442_TBSeranganIsrael.jpg)
Jurugambar Anadolu hilang 47 ahli keluarga akibat serangan udara Israel
Montaser Al-Sawwaf berkongsi pengalaman pahitnya bagaimana beliau cedera dalam serangan udara Israel ke atas kawasan perumahan Al-Tuffah.
![PRN: Pengundi masih perlukan 'sentuhan' bersemuka parti politik semasa kempen - Penganalisis PRN: Pengundi masih perlukan 'sentuhan' bersemuka parti politik semasa kempen - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687872539_PRN.jpg)
PRN: Pengundi masih perlukan 'sentuhan' bersemuka parti politik semasa kempen - Penganalisis
Kalangan pemerhati politik berpandangan ramai pengundi terutamanya daripada kaum Melayu masih memerlukan 'sentuhan' ataupun pendekatan kempen secara bersemuka ketika pilihan raya.
![PM ucap tahniah kepada Sivamurugan atas syarahan sempena pelantikan Profesor USM PM ucap tahniah kepada Sivamurugan atas syarahan sempena pelantikan Profesor USM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688549504_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM ucap tahniah kepada Sivamurugan atas syarahan sempena pelantikan Profesor USM
Semoga saudara dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang serta menyumbang idea dan kepakaran kepada negara, kata Anwar di Twitter.
![PAU2022: Medan terbaik kupas kegagalan Pemuda, Puteri UMNO pikat orang muda - Penganalisis PAU2022: Medan terbaik kupas kegagalan Pemuda, Puteri UMNO pikat orang muda - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673427177_DrMohammadTawfikY.jpg)
PAU2022: Medan terbaik kupas kegagalan Pemuda, Puteri UMNO pikat orang muda - Penganalisis
PAU 2022 menjadi medan terbaik untuk mengupas kegagalan UMNO memikat pengundi muda yang semakin menjauhkan diri daripada parti berkenaan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
![PRU15: Penganalisis jangka lebih banyak gesaan minta Zahid Hamidi letak jawatan PRU15: Penganalisis jangka lebih banyak gesaan minta Zahid Hamidi letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668948732_TBzahidhamidi.jpg)
PRU15: Penganalisis jangka lebih banyak gesaan minta Zahid Hamidi letak jawatan
Lebih banyak lagi gesaan dijangka akan dibuat dalam masa terdekat untuk meminta Ahmad Zahid melepaskan jawatan susulan prestasi buruk BN dalam PRU15.
![Wujud Parlimen berpenggal tetap, hapus 'teka-teki' tarikh PRU - Penganalisis Wujud Parlimen berpenggal tetap, hapus 'teka-teki' tarikh PRU - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661087505_petugasSuruhanjaya.jpg)
Wujud Parlimen berpenggal tetap, hapus 'teka-teki' tarikh PRU - Penganalisis
Pembubaran Parlimen di masa akan datang dicadang hanya dilakukan apabila penggal tamat iaitu selepas lima tahun, supaya Pilihan Raya Umum (PRU) mempunyai tarikh tetap.
![Ini tiga punca utama kenapa rakyat tidak minat untuk mengundi Ini tiga punca utama kenapa rakyat tidak minat untuk mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647065547_TBPRNJOHOR.jpg)
Ini tiga punca utama kenapa rakyat tidak minat untuk mengundi
Tiga pilihan raya negeri yang diadakan sebelum ini jelas menunjukkan penurunan minat rakyat untuk mengundi bagi menentukan masa depan politik negeri.
![Tujuh tawaran transformasi mampu beri impak positif kepada negara - Penganalisis politik Tujuh tawaran transformasi mampu beri impak positif kepada negara - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631294731_SivamuruganPandian.jpg)
Tujuh tawaran transformasi mampu beri impak positif kepada negara - Penganalisis politik
Tawaran itu bukan sahaja memberi faedah kepada kerajaan tetapi juga pihak pembangkang yang berminat melakukan transformasi Parlimen.
![Lantik barisan Kabinet yang tepat untuk tugas yang tepat - Penganalisis Lantik barisan Kabinet yang tepat untuk tugas yang tepat - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629741398_IsmailSabri.jpg)
Lantik barisan Kabinet yang tepat untuk tugas yang tepat - Penganalisis
Barisan Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu dianggotai oleh mereka yang cekap yang mengenali portfolio masing-masing.
![Fikirkan keselamatan rakyat sebelum mengadakan pilihan raya - Penganalisis politik Fikirkan keselamatan rakyat sebelum mengadakan pilihan raya - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51616680616_UndiAwalPRN.jpg)
Fikirkan keselamatan rakyat sebelum mengadakan pilihan raya - Penganalisis politik
Serah semula mandat kepada rakyat melalui pilihan raya adalah antara jalan terbaik dalam menyelesaikan situasi politik negara pada ketika ini.