Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan pelbagai isu semasa terutama melibatkan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah cukup menjadikan situasi kini dalam kekalutan.
Tegasnya, ia sekali gus menjadikan negara seperti sudah ditadbir secara anarki dan situasi sudah menjadi huru-hara.
"Saya mahu tanya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, apakah sekarang ini negara tidak diperintah secara anarki? Isunya kini bukan jika Pakatan Rakyat perintah negara kerana pentadbiran secara anarki itu sudah terjadi kini.
"Jangan jangka apa yang belum datang, persoalannya sekarang. Saya mahu tanya Dr Mahathir apakah dia setuju keadaan sekarang sudah menjurus kepada pemerintahan anarki yang dikatakannya sendiri?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: Negara sengsara jika BN kalah, Pakatan akan tadbir secara anarki - Tun M
Tian Chua mengulas amaran Dr Mahathir yang menyifatkan negara akan huru-hara sekiranya kekalutan ekoran isu 1MDB tidak diselesaikan hingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang kepercayaan rakyat sewaktu pilihan raya.
Malah, Dr Mahathir bimbang masa depan negara akan menjurus kepada pentadbiran anarki sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya akan datang dan mereka diberi mandat memerintah.
BACA: Krisis Tun M dan Najib: 'Biar saya jadi tukang 'settle'' - Rahim
Anarki bermaksud keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang sekali gus menyebabkan kekacauan atau porak-peranda.
BACA: Najib jawab dakwaan Mahathir wujud "masalah lebih besar"
Jelas Tian Chua, Dr Mahathir tidak perlu memberitahu dunia terhadap kemungkinan pemerintahan yang bakal ditadbir secara anarki jika Pakatan Rakyat memerintah negara.
"Tidak perlu tunggu BN kalah atau menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti, semua sudah tahu negara kini diperintah secara anarki.
"Isunya bukan sama ada Pakatan Rakyat memerintah atau tidak nanti. Jangan dijangka apa yang belum datang," katanya.
BACA: 'Tun M tetap mahu saya letak jawatan walaupun tiada isu dengan 1MDB' - Najib
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu tidak akan tunduk di bawah tekanan Dr Mahathir yang melancarkan serangan supaya dia meletakkan jawatan.
BACA: 'Saya tegur sebab Najib banyak buat silap' - Tun M
Najib berkata, dia enggan berbuat demikian atas sebab tugasnya sebagai Perdana Menteri yang dilantik secara demokrasi untuk menerajui kepimpinan negara dan lakukan perkara terbaik kepada seluruh rakyat, dan bukannya untuk seorang individu.
Wan Syamsul Amly
Sat Jun 13 2015

Tian Chua mengulas amaran Dr Mahathir yang menyifatkan negara akan huru-hara sekiranya kekalutan ekoran isu 1MDB tidak diselesaikan hingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang kepercayaan rakyat sewaktu pilihan raya.- Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.