Tindakan Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz menafikan suaranya dalam rakaman audio lebih setahun lalu bertujuan menjaga kepentingan parti dan pimpinan.
Malah katanya, tindakan beliau menafikan itu direstui pimpinan tertinggi Pas pada ketika itu, yang sudah mengetahui kedudukan sebenar.
Katanya, suasana pada ketika itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menuntut supaya kerahsiaan dalam parti dijaga dan tidak dijadikan bahan fitnah atau tersebar kepada pihak lawan.
"Apabila saya mengambil keputusan untuk menafikan itu, dengan niat untuk mengajar budak-budak tersebut, supaya mereka faham erti berjemaah.
"Mereka orang muda hendak tunjuk semangat kepada parti, tetapi mereka tidak sedar kelak akan menyusahkan parti.
"Ucapan saya (ketika itu) tidak ada benda yang tak betul, semuanya betul," katanya di sini pada Rabu.
BACA: Isu rakaman audio: Nik Abduh memilih untuk bercakap benar tetapi...
Nik Mohamed Abduh mendakwa pimpinan parti sudah mengetahui mengenai rakaman suara itu sejak setahun lalu dan merestui penafian itu.
Menurutnya, kerahsiaan dalam parti berhubung soal berkenaan dipeliharanya sehinggalah timbul kelompok yang disebut beliau sebagai "budak-budak muda" yang menyebarkan rakaman audio berkenaan.
"Kita nak jaga hubungan dalam masyarakat supaya tidak mempercayai fitnah politik Pakatan Harapan (PH) masa itu dan sampai sekarang.
"Apabila masuk pilihan raya, terpaksa berdepan dengan fitnah 90 juta, sehingga kita berhabis berjuta," katanya merujuk kepada dakwaan bahawa Pas menerima dana sebanyak RM90 juta daripada UMNO.
BACA: Dana RM90 juta: Nik Abduh hadir di pejabat SPRM Kelantan
"Kalau saya bercakap benar, saya jadi bodoh. Masa itu, membuat tindakan bodoh bermakna membiarkan parti dilanda (masalah)," tambah Nik Mohamed Abduh.
Pada Selasa, Setiausaha Agong Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan suara dalam rakaman audio yang antara lain menyentuh mengenai penerimaan dana dari UMNO adalah suara Nik Mohamed Abduh.
BACA: Dana RM90 juta: Saya fikir mereka salah orang - Nik Abduh
Pada 8 Feb lalu Nik Mohamed Abduh tampil memberikan keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan berhubung kes dana RM90 juta itu.
BACA: Dana RM90 juta: 'Tak lari gunung dikejar, Idris Ahmad harap bersabar' - Husam
Muhafandi Muhamad
Wed Feb 13 2019
NIK MOHAMED ABDUH: Kita nak jaga hubungan dalam masyarakat supaya tidak mempercayai fitnah politik. - Gambar fail
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Tujuan saya jaga kerahsiaan parti, elak timbul fitnah - Nik Abduh
Malah katanya, tindakan beliau menafikan itu direstui pimpinan tertinggi Pas pada ketika itu, yang sudah mengetahui kedudukan sebenar.