Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjanji akan 'membisikkan' kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menambah jumlah calon daripada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Jaminan itu disuarakan naib presiden UMNO itu yang kini menjalankan tugas timbalan presiden, di hadapan perwakilan ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini, malam tadi.
Turut hadir, Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
"Namun, ada prasyarat manteranya. Wanita, Pemuda dan Puteri perlu terus istiqamah. Buktikan kepada kepimpinan dengan bekerja keras dan terus bersemangat menjulang keperkasaan parti melalui kekuatan jentera pada sayap pergerakan masing-masing.
"Saya pasti, presiden parti merupakan seorang pemimpin yang memahami dan sayang serta baik hati kepada saudara-saudari semua. Insya-Allah," kata beliau.
Ahmad Zahid, yang juga timbalan perdana menteri turut yakin bahawa ketiga-tiga sayap akan terus menjadi nadi penggerak utama dalam menentukan UMNO terus relevan dan berkesinambungan.
Menyentuh prestasi ketiga-tiga sayap parti itu, Ahmad Zahid menzahirkan rasa kagum dengan pencapaian yang ditunjukkan mereka pada PRU13, apabila seramai 33 calon Wanita, 26 calon Pemuda dan lapan calon Puteri berjaya menjadi anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri.
Menyampaikan amanatnya kepada Wanita UMNO, Ahmad Zahid berharap semangat juang sayap Wanita tidak pudar dalam menepis sebarang dakyah pembangkang daripada berterusan memusnahkan kebahagiaan rakyat.
"Tahukah Kak Ijat (Shahrizat), pemimpin Wanita parti pembangkang amat menggeruni Wanita UMNO? Tetapi jangan salah sangka, pembangkang bukan gerun kerana mengerlipnya baju dan kilauan manik-manik tudung wanita UMNO.
"Tetapi kerana program-program 'touch based' (mendampingi rakyat) seperti (dilaksanakan) Skuad Sayang, Skuad An-Nur, Jalinan Rakyat dan banyak lagi program yang tidak terhitung.
"Tanpa seorang ketua dan kepimpinan yang berkualiti dan mantap, pencapaian sebegini sukar dicapai. Syabas Kak Ijat, syabas Kak Zizah (Naib Ketua Wanita Datuk Azizah Mohd Dun) dan seluruh saf kepimpinan Wanita UMNO," kata Ahmad Zahid.
Beliau turut berpesan kepada Pemuda untuk memperkukuhkan perjuangan dan sentiasa berada di barisan hadapan dalam menangani sebarang dugaan dalam UMNO.
Jelasnya, corak kepimpinan Pemuda di bawah Khairy dan naib ketuanya Khairul Azwan Harun selain sokongan anggota pergerakannya membuktikan Pemuda hari ini merupakan barisan yang boleh diharapkan dalam PRU14.
Ahmad Zahid turut memberi keyakinan Puteri UMNO akan terus menyerlah menerusi program sayap pergerakan itu yang banyak membantu golongan memerlukan.
Menyentuh pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) iaitu pelan hala tuju jangka panjang negara melalui penglibatan golongan muda, beliau mahu Pemuda dan Puteri bekerjasama secara aktif demi memastikan seramai mungkin golongan muda terlibat memberi input dan buah fikiran yang terbaik.
Menurut beliau, dialog atau wacana nasional merupakan platform khusus dan terbaik untuk mereka menyuarakan pendapat dan melibatkan diri secara aktif kerana mereka juga adalah rakan dalam pembinaan sebuah negara yang gemilang.
"Justeru, saya amat berharap apabila wacana atau dialog nasional itu diadakan nanti, Pergerakan Pemuda dan Puteri akan menjuarai visi nasional itu," kata beliau. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 29 2016
Datuk Seri Ahmad Zahid yakin ketiga-tiga sayap parti akan terus menjadi nadi penggerak utama dalam menentukan UMNO terus relevan dan berkesinambungan. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
PAU2016: Bantuan kewangan RM300,000 untuk bahagian tubuh koperasi - Presiden UMNO
Bantuan itu bagi mewujudkan lebih banyak saluran menjual barangan keperluan pada harga lebih murah kepada rakyat.
Presiden UMNO palu gendang ajak anggota UMNO fokus PRU14
Tumpuan dan fokus hala tuju diberikan untuk menghadapi pilihan raya umum bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang bergaya, dan bukannya pada pemilihan parti.
Pasukan petugas pantau gerakan revolusi warna ditubuhkan - TPM Zahid
Pasukan petugas itu terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.
'UMNO akan selesaikan isu berkaitan Felda' - Presiden UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia termasuk isu khususnya pembayaran buah kelapa sawit yang sering ditangguhkan dan isu penyata hutang tanam semula.
PAU2016: Solidariti UMNO dalam isu Rohingya
Pengumuman kehadiran perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya pada Ahad membuktikan UMNO sebuah parti yang berjiwa besar.
Wanita UMNO mahu ubah landskap
Pergerakan itu akan mempersiapkan diri sekiranya hasrat melihat 30 peratus calon wanita bertanding dalam pilihan raya umum akan datang direalisasikan.
Ahli UMNO perlu berkorban dan setia kepada parti - Hishammuddin
Di sebalik tuntutan pengorbanan, UMNO mempunyai tugas dan peranan untuk memenangi hati rakyat, dengan memenuhi keperluan mereka.
PAU2016: Puteri sedia gempur PRU-14
Puteri UMNO menggesa semua pihak bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
PAU2016: 'Wala' UMNO bukan kesetiaan membuta tuli' - Khairy
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ia bukan konsep kesetiaan membuta tuli kepada presiden dan pimpinan parti.
PAU2016: Wakil parti politik Indonesia 'tegak bulu roma' dengar seruan UMNO
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura memandang tinggi UMNO sebagai sebuah parti yang berkemampuan untuk memperjuang dan membela nasib orang Melayu di Malaysia.