ALOR SETAR: Pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai sebahagian rombakan kabinet yang didakwa akan dilakukan dalam tempoh terdekat mestilah dalam kalangan ahli Parlimen UMNO.
Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masri berkata, walaupun isu ini sekadar desas-desus, namun ahli Parlimen UMNO dirasakan lebih sesuai untuk menjawat jawatan nombor dua pentadbiran negara.
"Jadi, sekiranya spekulasi ini ternyata benar maka jawatan itu perlu datang daripada parti yang memiliki ramai ahli Parlimen yang berkelayakan dan berkemampuan, iaitu UMNO.
"Kita yakin Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO dapat bantu dengan ikhlas dan bersatu hati dalam kabinet Perdana Menteri berbanding parti lain," katanya kepada Sinar Harian selepas Program Jom Gunting Rambut Percuma di Masjid Al-Rahmah Taman Wira, di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata sedemikian ketika mengulas laporan sebuah media bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob dilapor akan melantik Timbalan Perdana Menteri yang baharu sebagai sebahagian rombakan Kabinet dalam masa terdekat.
Beliau menegaskan Perdana Menteri memerlukan ahli Parlimen UMNO yang memiliki banyak pengalaman sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri yang membantunya dalam mentadbir negara.
Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Alor Setar berpandangan, rombakan kabinet merupakan hak Perdana Menteri dan bukannya ketentuan parti.
Bagaimanapun, katanya, tumpuan seharusnya diberikan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berbanding rombakan kabinet kerana menteri tidak menunjukkan prestasi yang baik.
Artikel asal di Sinar Harian boleh dibaca di sini.
Sinar Harian
Sat Jan 08 2022

Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masri (kanan) bertemu dengan seorang kana-kanak yang menyertai Program Jom Gunting Rambut Percuma di Masjid Al-Rahmah Taman Wira, Alor Setar pada Sabtu. - Gambar SINAR HARIAN

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.
Vietnam kaji semula duit terhadap barangan AS
Vietnam sedang mengkaji semula duti terhadap barangan Amerika Syarikat termasuk gas asli cecair, produk pertanian, dan produk teknologi tinggi.
Thailand perlu turunkan cukai import ke atas barangan AS
Sebuah Kumpulan perniagaan Thailand menggesa Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra untuk berunding dengan Amerika Syarikat bagi menurunkan cukai import ke atas barangan dari negara barat itu
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.

Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan warga Indonesia agar wang RM1 juta yang dibayar sebagai jaminan dikembalikan kepadanya.
Desas-desus Sri Mulyani letak jawatan tidak benar
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati belum ada cadangan untuk meletak jawatan dari Kabinet Prabowo, kata Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad
Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah
Myanmar berdepan krisis makanan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan keadaan yang semakin merosot menjejaskan hak asasi manusia di seluruh negara itu, menurut PBB.h

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.

Belanjawan 2025 mengangkat martabat, junjung hak rakyat - Fadillah
Fokus utama belanjawan adalah kesejahteraan rakyat dengan tumpuan kepada perlindungan golongan rentan, menambah baik prasarana asas dan menangani ketirisan.

Indeks Global Keganasan Malaysia melonjak kepada 75 pada 2022 - TPM Zahid
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Keganasan Global (GTI) menunjukkan prestasi yang semakin baik dalam menangani keganasan apabila melonjak kepada kedudukan 75 pada 2022.

TPM Zahid, Fadillah ucap Selamat Hari Raya, doa umat Islam dapat keberkatan
Ramadan mengajar erti kesyukuran, kesabaran, pengorbanan dan kesederhanaan serta bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan dan bersederhana dalam semua perkara.

Isu doktor kontrak: Beri saya peluang selesaikan secara menang-menang - Zahid
Kerajaan akan memastikan situasi menang-menang dicapai berhubung isu perjawatan doktor kontrak.

Malaysia mesti keluar daripada perangkap pendapatan sederhana- TPM Ahmad Zahid
Malaysia mesti keluar daripada perangkap berpendapatan sederhana selepas berada selama lebih dua dekad dalam perangkap tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri atuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Fadillah adakan lawatan kerja tiga hari ke Indonesia
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Indonesia bermula esok.

Ahmad Faizal gesa Zahid direhatkan daripada jawatan TPM
Ahmad Faizal berkata, ia bagi memastikan perbicaraan kes di mahkamah diselesaikan tanpa kelewatan atau gangguan.

"Elok Dr Mahathir terus jaga cucu" - Nazri Aziz
Mohamed Nazri pelik seorang yang berpengalaman seperti Dr Mahathir membangkitkan mengenai pelantikan TPM.

'Kami tidak tahu Azmin calon TPM' - MPT Bersatu
Abdul Latiff Ahmad dan Saifuddin Abdullah tiada sebarang maklumat mengenai dakwaan Azmin Ali calon TPM dari Bersatu.

Lantikan TPM: Tak perlu ulas panjang, semua terpulang kepada Perdana Menteri - Muhyiddin
Kata Muhyiddin, perkara itu tidak memerlukan penjelasan panjang lebar kerana semua keputusan adalah mengikut pertimbangan Perdana Menteri.