KUALA LUMPUR: Malaysia mesti keluar daripada perangkap berpendapatan sederhana selepas berada selama lebih dua dekad dalam perangkap tersebut sebagaimana diklasifikasikan oleh Bank Dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata hakikatnya jika Malaysia gagal meningkatkan kelebihan daya saing dan daya tarikannya sebagai pusat pelaburan, maka pesaingnya akan terus maju sekali gus menjejaskan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat biasa.
Beliau berkata kerajaan komited untuk mewujudkan persekitaran ekonomi Malaysia yang membolehkan rakyat membangunkan potensi diri mereka dengan setiap daripada rakyat Malaysia dapat memenuhi potensi diri tatkala usahawan dan semangat keusahawanan adalah amat penting.
"Ke arah mencapai sasaran ini, kerajaan akan terus berusaha mengurangkan kerenah birokrasi yang menghalang perniagaan dan usahawan untuk mengaut keuntungan, membayar bahagian cukai mereka yang saksama, dan mewujudkan pekerjaan berkualiti adalah sesuatu perkara yang baik, ia mesti dipermudahkan di semua peringkat kerajaan sama ada peringkat Perpersekutuan, negeri atau tempatan.
"Perlu ada anjakan minda secara berterusan bahawa sektor swasta adalah enjin utama pertumbuhan negara, ia mesti terus makmur negara terus maju. Malaysia mesti keluar daripada perangkap berpendapatan sederhana yang kita hadapi sekarang dan mengambil tempat yang sepatutnya sebagai negara berpendapatan tinggi dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.
Ahmad Zahid berucap demikian ketika merasmikan seminar anjuran MarkPlus Institute ASEAN bertajuk "Entrepreneurial Marketing: How to Grow your Business Post-Pandemic" (Pemasaran Keusahawanan: Cara Mengembangkan Perniagaan Anda Pasca Pandemik), di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata dalam tempoh tiga tahun lalu, Malaysia telah melihat bagaimana perniagaan terpaksa menghadapi pelbagai cabaran global termasuk pengalaman pahit semasa pandemik COVID-19.
Beliau berkata bergerak maju selepas pandemik, teknologi masih merupakan satu-satunya faktor terpenting yang terus mengubah landskap sosioekonomi dan mempengaruhi pilihan pengguna, begitu juga faktor manusia.
"Nilai sebenar teknologi, akhirnya masih bergantung kepada faktor manusia. Ya, memang benar pada tahap tertentu penggunaan teknologi sememangnya membantu perniagaan untuk berkembang dan mengaut keuntungan, namun ia mempunyai hadnya kerana menerusi analisis akhir, manusia dan bakat di sebalik aplikasi, mesin dan proses yang menentukan tahap keberhasilan.
"Namun dalam zaman teknologi ini, untuk mencapai hasil yang optimum, manusia dan teknologi mesti terus digunakan dengan lebih cekap dan lancar. Ini penting bagi mana-mana organisasi bukan sahaja untuk bertahan tetapi untuk terus berkembang maju," katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid yang merupakan bekas usahawan, berkongsi tiga 'panduan' bernilai mengenai keusahawanan dan pemasaran yang meninggalkan kesan terhadap dirinya, iaitu sentiasa memerhatikan peluang, menjaga dan melindungi tetapi tegas, setiap orang harus yakin untuk mencipta dan memupuk rangkaian mereka sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023

Ahmad Zahid berucap ketika merasmikan seminar anjuran MarkPlus Institute ASEAN bertajuk "Entrepreneurial Marketing: How to Grow your Business Post-Pandemic" hari ini. - Foto BERNAMA
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Malaysia mesti keluar daripada perangkap pendapatan sederhana- TPM Ahmad Zahid
Malaysia mesti keluar daripada perangkap berpendapatan sederhana selepas berada selama lebih dua dekad dalam perangkap tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri atuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

NTP berjaya keluarkan Malaysia daripada perangkap pendapatan sederhana - PM Najib
Pelaksanaan NTP terbukti berjaya membawa Malaysia keluar daripada perangkap pendapatan sederhana sepertimana dialami pada tahun 2010, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.