UMNO perlu meninggalkan amalan ketuanan Melayu yang terlalu selesa, ujar Perwakilan UMNO Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.
Jelasnya, tidak salah untuk berbangga menjadi 'tuan tanah', namun perlu mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Jika kejayaan berjaya dicipta orang Melayu, barulah mereka dipandang tinggi, tambah Mohd Jafni.
"Kita mesti belajar tinggalkan amalan ketuanan Melayu yang terlalu selesa menjadi tuan tanah. Ya, kita bangga menjadi tuan tanah.
"Tetapi kita harus biarlah berkadaran. Lebih dari itu kita mestilah jadi lebih terpelajar, lebih kaya, lebih terhormat dari sekarang, barulah orang Melayu akan dipandang tinggi," katanya semasa membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, pada Sabtu.
Tambahnya, Muafakat Nasional perlu mempunyai agenda eksklusif untuk semua kaum di negara ini.
"Saya nak kongsi cara Johor mengenai matlamat dan hala tuju, sebagai pejuang bangsa dan agama kita mahu Muafakat Nasional adalah agenda ekslusif untuk semua kaum di neara ini, dengan sesuaikan keadaan sekarang dan kekalkan terasnya iaitu Islam, Melayu dan Malaysia," katanya lagi.
Selain itu, Muafakat Nasional perlu menunjukkan Islam sebagai agama yang progresif dan sebagainya.
Rahimah Abdullah
Sat Dec 07 2019
MOHD JAFNI: UMNO perlu meninggalkan amalan ketuanan Melayu yang terlalu selesa.
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Tinggalkan amalan ketuanan Melayu yang terlalu selesa - Perwakilan UMNO Johor
Tidak salah untuk berbangga menjadi 'tuan tanah', namun perlu mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Tahun Baharu untuk Melayu Baharu
Kali ini saya mahu berazam untuk melihat 'Orang Melayu Bangkit', iaitu kepimpinan Melayu yang efektif, Melayu daripada gagasan Malaysia Baharu dan Melayu yang progresif dan inklusif.
'UMNO khianati orang Melayu selama 60 tahun' - Khalid Samad
Katanya, kewujudan istilah 'ketuanan Melayu' hanyalah momokan dan sandiwara yang digunakan oleh pihak UMNO untuk mengaburi pengundi Melayu.