Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada Ahad memecat Timbalan Presidennya Datuk Joseph Entulu Belaun, serta Naib Presiden Datuk William Nyalau Badak, bersama tiga lagi anggota Majlis Tertinggi kerana dikatakan 'menganggu kesatuan parti'.
Presiden PRS, Tan Sri James Masing mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas PRS di pejabat parti itu di sini malam tadi.
Entulu, yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adalah penyandang kerusi Parlimen Selangau manakala Nyalau adalah penyandang kerusi Parlimen Lubok Antu.
Tiga lagi yang dipecat ialah Nyempah Sabot, Edward Kurik dan Adriana Chumang Nyambung yang dikatakan bersubahat.
Masing berkata jawatankuasa khas yang bermesyuarat malam tadi memeriksa dan mendapati kelima-lima mereka bertindak mengingkari keputusan parti mengenai calon-calon yang ditetapkan untuk bertanding atas tiket PRS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurutnya Entulu mengingkari keputusan parti untuk tidak mencalonkannya semula bagi mempertahankan kerusi Selangau, manakala Nyalau pula membuat pengumuman terbuka bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Lubok Antu.
"Surat pemecatan telah disediakan dan akan dihantar kepada semua yang terlibat. Kami terpaksa melakukan ini untuk menghentikan segala masalah yang timbul," katanya dalam persidangan media di sini Ahad malam.
Masing turut mengumumkan keputusan parti untuk meletakkan muka baharu sebagai calon PRS di Selangau iaitu Rita Sarimah Insol dan Robert Pasang Alam di Lubok Antu.
Calon lain iaitu empat anggota parlimen yang akan mempertahankan kerusi masing-masing, terdiri daripada Datuk Joseph Salang (Julau), Datuk Masir Kujat (Sri Aman), Datuk Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rajang) dan Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit). -- Bernama
Bernama
Sun Apr 22 2018
Datuk William Nyalau Badak (kiri) dan Datuk Joseph Entulu Belaun dipecat daripada Parti Rakyat Sarawak kerana 'menganggu kesatuan parti'.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Timbalan Presiden, Naib Presiden PRS dipecat daripada parti
Datuk Joseph Entulu Belaun dan Datuk William Nyalau Badak antara lima ahli Parti Rakyat Sarawak yang dipecat pada Ahad malam.