KUALA LUMPUR: Pelantikan barisan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melibatkan formula parti yang mendokong kerajaan itu.
Menurut Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Jeniri Amir, beliau percaya pertimbangan dibuat sewajarnya oleh Anwar untuk memastikan Kerajaan Perpaduan terus kukuh di bawah pentadbirannya.
"Saya percaya Perdana Menteri akan gunakan ramuan yang tidak jauh berbeza dengan apa yang telah dilakukan pelantikan Menteri tempoh hari.
"Tidak ada jangkaan di luar daripada formula di pegang, pertama berdasarkan formula parti yang mendokong kerajaan perpaduan," jelasnya.
Tambah Jeniri, keanggotaan barisan Kabinet dijangka mengambil kira hierarki dan kedudukan parti dalam kerajaan itu.
"Jadi jumlah kerusi dimenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu akan dipertimbangkan dan ini berdasarkan juga hierarki dan kedudukan dalam parti.
"Saya percaya quota itu akan dipertimbangkan selain berapa jumlah menteri yang telah dibentangkan dalam Kabinet lalu," jelasnya lagi.
Mengulas lanjut tambah Jeniri, Anwar akan membuat pertimbangan serius dalam memastikan semangat Kerajaan Perpaduan direalisasikan.
"Parti politik kurang jumlah menteri, jadi pasti pertimbangan serius bukan sahaja pastikan aspek berkaitan dengan poarti politik kaum agama, dan wilayah itu diberi perhatian bagi memungkinkan semangat kerajaan perpaduan itu direalisasikan.
"Selain hasrat Perdana Menteri itu dapat dipenuhi melalui jawatan Timbalan Menteri, selain pastikan mereka mendokong kepimpinan beliau itu berpuas hati dan mengikut dan tiada sebarang ancaman kerajaan perpaduan ini," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama Astro AWANI pada Jumaat.
Anwar dijangka mengumumkan barisan Timbalan Menteri pada jam 8.15 malam ini yang akan dibawakan secara langsung di saluran 501.
Fareez Azman
Fri Dec 09 2022

Jeniri percaya pertimbangan dibuat sewajarnya oleh Anwar untuk memastikan Kerajaan Perpaduan terus kukuh di bawah pentadbirannya. - Fail

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Timbalan Menteri: PM Anwar dijangka guna formula sama seperti pelantikan Menteri - Jeniri
Pelantikan barisan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melibatkan formula parti yang mendokong kerajaan itu.

Ini tiga punca utama kenapa rakyat tidak minat untuk mengundi
Tiga pilihan raya negeri yang diadakan sebelum ini jelas menunjukkan penurunan minat rakyat untuk mengundi bagi menentukan masa depan politik negeri.

Kabinet Sarawak: Abang Jo pegang lebih jawatan bukan pemusatan kuasa - Penganalisis
Bukan pemusatan kuasa tetapi ia berdasarkan peruntukan yang ditetapkan dalam Perkara 6(3) Perlembagaan Negeri Sarawak.

Penamatan darurat di Sarawak petanda PRN semakin hampir - Jeniri
Penamatan Proklamasi Darurat di Sarawak memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bakal diadakan dalam masa terdekat.

PM ke- 9: Langkah mudah mempercepatkan jurang pembangunan Sabah, Sarawak
Pelantikan Ismail Sabri diharapkan akan menjadi langkah mudah untuk mempercepatkan usaha merapatkan jurang pembangunan di wilayah Sabah dan Sarawak.

Calon PM ke-9: GPS dijangka sokong Ismail Sabri - Penganalisis politik
Ia susulan kepercayaan terhadap kepimpinan PN yang menyaksikan Sarawak dan Sabah meraih pelbagai manfaat.

Sarawak Memilih: Sekiranya pengecualian darurat diperkenan, Sarawak masih perlu yakinkan pengundi - Penganalisis
Sarawak mempunyai hak untuk dikecualikan daripada darurat bagi laksana PRN, namun perlu memikirkan kerisauan pengundi ketika itu nanti.

Libatkan suara rakyat dalam pengurusan darurat - Dr Jeniri Amir
Pandangan yang pelbagai perlu bagi memastikan ia dapat mencangkupi kesemua aspek berkaitan dalam pengurusan negara ketika tempoh darurat.

Pengisytiharan Darurat: Sarawak perlu akur - Dr Jeniri
kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu akur dengan prinsip di bawah pengisytiharan tersebut termasuk tiada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12.

Belanjawan 2021: Kukuhkan keabsahan Perdana Menteri, PN - Penganalisis
Perkara itu turut menzahirkan kemenangan moral kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.