KOTA TINGGI: Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan dakwaan tiga 'warlord' UMNO dari negeri itu dijangka menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai khabar angin.
Jelas Naib Presiden UMNO itu, sehingga kini pihaknya tidak ada menerima sebarang makluman lanjut berhubung perkara berkenaan.
Justeru katanya, pihaknya mengambil pendekatan untuk membiarkan sahaja khabar angin berkenaan terus kekal sebagai khabar angin.
“Saya baca pun dalam surat khabar. Sama ada benar atau tidak dari sudut kepimpinan parti perkara itu kita tidak ada dengar. Oleh itu, kita harap rumours ini terus kekal sebagai rumours lah.
“Politik ini panjang ada pasang surut, tetapi kita punya prinsip perjuangan dan penegasan kita di landasan kita sebenarnya tidak berubah. Walaupun ada pasang surut yang kadang-kadang kita naik kadang turun. Semua itu dah ada ketentuan.
“Jadi kita hadapi sahaja kerana ia boleh beri kita pengajaran dan jadi pengalaman dan panduan, boleh juga menjadi panduan tetapi hidup mesti berprinsip. Takkan apabila keadaan tidak memihak kepada kita, maka kita pun terlompat-lompat dan sebagainya," katanya pada sidang media sempena lawatan ke Felda Bukit Easter di sini, pada Sabtu.
Pada 12 Jun lalu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin semasa sidang media di lobi Parlimen memaklumkan PN akan mengumumkan senarai nama 10 'panglima perang' atau 'warlord' UMNO yang disisihkan untuk menyertai parti dalam gabungan itu dalam masa terdekat.
Dikhabarkan tiga daripada 10 'warlord' berkenaan berasal dari Johor dan merupakan pemimpin berpengaruh serta mempunyai jawatan penting dalam UMNO sebelum ini.
Sementara itu, Mohamed Khalid menyifatkan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Jumaat dalam perbincangan mengenai hala tuju ekonomi negara, dilihat sebagai satu keterbukaan Kerajaan Malaysia Madani.
“Ini menunjukkan keterbukaan Perdana Menteri untuk menerima dan berjumpa bagi mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak, ini mungkin sesuatu yang menyebabkan beliau menjemput saudara Khairy.
“Saya percaya Khairy juga menggunakan segala peluang untuk menyampaikan apa sahaja pandangannya dalam soal untuk membaiki dan melonjakkan kembali ekonomi Malaysia,” katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 17 2023
Khaled berkata pihaknya mengambil pendekatan untuk membiarkan sahaja khabar angin berkenaan terus kekal sebagai khabar angin. - Foto Sinar Harian
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Tiga 'warlord' UMNO Johor sertai PN hanya khabar angin - Khaled
Khaled menyifatkan dakwaan tiga 'warlord' UMNO dari negeri itu dijangka menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai khabar angin.
[PERSPEKTIF] Pemilihan UMNO: Membersih elitis, penyelewengan, sabotaj dalam parti
Dari segi sejarahnya, UMNO selalu dilihat tempat untuk pengundi dan ahli bergantung, demi meneruskan kuasa serta pemerintahan.