SUNGAI PETANI: Tiga jawatankuasa di bawah Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia akan membentangkan laporan peringkat pertama perundingan antara semua parti politik dalam kerajaan pada 19 Mac ini bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga jawatankuasa itu iaitu Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik perlu menyiapkan laporan masing-masing sebelum tarikh itu.
"Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Sekretariat (Kerajaan Perpaduan) Datuk Asyraf (Wajdi Dusuki) bahawa jadual pertemuan antara pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan akan berlangsung pada 19 Mac.
Kami di peringkat jawatankuasa perlu menyiapkan laporan sebelum tarikh itu. Jadi perkara berkaitan perundingan kerusi di peringkat PH sedang berlaku sekarang melibatkan enam negeri ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Konvensyen PH Kedah di sini hari ini.
Beliau berkata keputusan rundingan kerusi antara parti dalam PH akan dibawa ke peringkat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia untuk dibincangkan bersama Barisan Nasional (BN) bagi menentukan pembahagian kerusi antara kedua-dua gabungan itu.
"Apabila kami duduk dengan BN barulah kita tengok balik, tapi yang pentingnya adalah kesediaan dua blok ini untuk duduk bersama sebab dua gabungan ini (PH dan BN) penting.
Kalau macam di Kedah ini lebih penting sebab kita nak elakkan tiga penjuru, sudah pasti kita nak masuk pilihan raya ini dengan kombinasi PH dan BN sebagai dua komponen penting dalam Kerajaan Perpaduan ini," katanya.
Pada 7 Feb lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia mengumumkan penubuhan tiga jawatankuasa tersebut bagi merangka strategi menghadapi PRN di enam negeri iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
![Tiga jawatankuasa Sekretariat Kerajaan Perpaduan bentang laporan PRN 19 Mac ini Tiga jawatankuasa Sekretariat Kerajaan Perpaduan bentang laporan PRN 19 Mac ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676530076_SaifuddinNasution.jpg)
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga jawatankuasa itu iaitu Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik perlu menyiapkan laporan masing-masing sebelum tarikh itu. - BERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Sekretariat Kerajaan Perpaduan setuju tubuh 3 jawatankuasa libat semua parti - Anwar Sekretariat Kerajaan Perpaduan setuju tubuh 3 jawatankuasa libat semua parti - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675780097_MESYUARATPERPADUAN.jpg)
Sekretariat Kerajaan Perpaduan setuju tubuh 3 jawatankuasa libat semua parti - Anwar
Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan bersetuju menubuhkan tiga jawatankuasa melibatkan semua parti dalam kerajaan.