SAH!
Raja Bomoh tidak akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk di Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang
bakal menentang dua lagi calon pada PRU14 bagi merebut kerusi Parlimen Bagan Datuk.
Ia diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya P075 Bagan Datuk, Datuk Hamzah Hussin di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini pukul 12.23 petang.
Ahmad Zahid yang menyandang kerusi itu sejak 1995 mengemukakan borang pencalonannya pada jam 9.05 pagi dan selesai menyerahkan borang pencalonan jam 9 pagi.
Beliau dicadang oleh Pengerusi MIC Bagan Datuk, Datuk R. Supramaniam dan disokong oleh Pengerusi MCA Bahagian Bagan Datuk, Ang Kim Chong.
Ia disusuli calon PKR, Pakhrurrazi Arshad selang tiga minit kemudian diiringi pencadang, Ariffin Mahfooz dan penyokongnya, Shahrisam Mohd Amin.
Ahmad Zahid juga turut ditentang calon Pas, Ata Abdul Muneim Hasan Adli yang selesai menyerahkan borang pencalonan tepat jam 9.20 pagi.
Turut mengemukakan borang pencalonan ialah calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya tepat 9.02 pagi.
Selang beberapa minit calon PKR, Hatim Musa menyerahkan borang penamaan beliau manakala calon Pas, Mohd Mohkheri Jalil tepat jam 9.31 pagi.
Bagi DUN Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tarmizi daripada BN turut menyerahkan borang pencalonan diikuti G Manivannan daripada PKR jam 9.02 pagi.
Manivannan selesai menyerahkan borang sebagai calon DUN Hutan Melintang tepat jam 9.42 pagi.
Terakhir menyerahkan borang adalah calon Pas, Mohd Misbahul Munir Masduki jam 9.45 pagi.
Sebelum ini, Raja Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding di kerusi Parlimen itu.
Kelibat individu berusia 68 tahun itu juga tidak kelihatan di pusat penamaan calon, Dewan Gemilang Sekolah Menengah Sains di Bagan Datuk, Perak sehingga tamat tempoh penamaan calon jam 10 pagi tadi.
Ibrahim mengumumkan pengundurannya daripada bertanding di Parlimen berkenaan menerusi laman Facebooknya petang semalam.
Harits Asyraf Hasnan, Syafik Shukri Jalil
Sat Apr 28 2018
Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin sah tidak bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk kerana diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi. - Gambar fail
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Ban pecah di 12 kawasan di Bagan Datuk, perlu peruntukan besar untuk diperbaiki
Baik pulih ban pecah di 12 kawasan di Bagan Datuk memerlukan kos yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya 10 juta bagi setiap ban, kata Ahmad Zahid.
Bagan Datuk catat pendaratan ikan tertinggi di Perak
Bagan Datuk menjadi daerah tertinggi di negeri ini memperoleh pendaratan ikan marin berjumlah 136,929.45 tan metrik pada tahun lepas.
Dua nelayan Indonesia didakwa edar 10.61kg dadah
Dua nelayan warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat 10.61 kilogram (kg), minggu lepas.
Hanya dua murid Tahun 1 di SK Tebing Rebak
Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak, Sungai Sumun di sini hanya menerima dua pendaftaran baharu bagi Tahun Satu sesi persekolahan 2024.
Zahid kunjungi keluarga angkat sempena Tahun Baharu Cina
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga angkatnya yang berbangsa Cina di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang, Bagan Datuk.
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat ilmu - Ahmad Zahid
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat tumpuan pendidikan dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Polis tahan dua lelaki tempatan cuba seludup keluar 241 warga asing
Polis menahan dua lelaki tempatan dan 241 pendatang tanpa izin dalam serbuan di Bagan Datuk, awal pagi tadi.
Perak sambut baik cadangan wujud galeri kenangan M. Daud Kilau di Bagan Datuk
Perak menyambut baik cadangan untuk membina galeri kenangan, khusus buat penyanyi legenda Allahyarham Datuk M. Daud Kilau di daerah Bagan Datuk.
Taman Perindustrian Perikanan Antarabangsa Bagan Datuk perkasa sekuriti makanan
Projek berimpak tinggi itu merupakan antara inisiatif terbaik bagi memperkasakan agenda sekuriti makanan khususnya melalui sektor perikanan.
Nelayan dikhuatiri lemas akibat bot karam di Bagan Datuk, ditemukan maut
Nelayan yang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di Kampung Pasang Api, dekat Hutan Melintang, Bagan Datuk awal pagi tadi, ditemukan maut.