Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang atau Tian Chua menegaskan badan bukan kebajikan (NGO) Pertubuhan Daya Masyarakat (Daya) yang dilancarkan pada Sabtu tiada kaitan dengan mana-mana NGO yang ditubuhkan oleh ahli politik lain sebelum ini.
Jelasnya, gerakan yang dilaksanakan itu ada perbezaan tersendiri berbanding NGO lain dan ia juga bukan sebahagian daripada proses pembentukan sebuah parti politik baharu.
“Saya anggap ini terlalu jauh, saya tubuhkan ini sebab saya nampak kita ada falsafah tersendiri, saya tidak mahu komen pertubuhan yang lain. Tetapi kita ada falsafah sendiri.
“Bolehlah sesiapa yang nak bandingkan dengan NGO lain untuk lihat bagaimana metodologi kita tu berbeza. tetapi saya rasa kita tidak berkontradiksi dengan mana-mana pihak,” jelas Tian Chua sewaktu sidang media di Petaling Jaya.
Tambahnya lagi, pertubuhan NGO tersebut bukan merupakan pelan kedua atau 'backup plan' buat dirinya dalam dunia politik, sebaliknya untuk menyumbang kepada komuniti secara menyeluruh.
“Saya tidak meninggalkan politik, saya masih menjadi anggota parti Keadilan, saya masih menjadi Naib Presiden PKR. Saya hanya bukan ahli parlimen, dan saya rindu akan keterujaan di parlimen.
“Namun, sekiranya ada pilihan raya, saya akan kembali bertanding. Tetapi sekarang saya mahu menggunakan tenaga dan pengalaman saya, untuk mewujudkan momentum.
“Saya pernah menghadiri ke beberapa gerakan perhimpunan seperti Bersih, jadi sekarang saya ingin mengajak orang ramai dari pelbagai kumpulan atau latar belakang, dan hidupkan semula semangat aktivisme,” tambah Tian Chua.
Ketika ditanya sama ada beliau ingin lebih menfokuskan kepada NGO atau politik? Ini jawapan Tian Chua:
“Buat masa ini, rakyat sangat memerlukan bantuan dan sokongan akibat COVID-19. Oleh itu, kita kumpulkan kawan kawan, supaya kita boleh gerakkan tenaga kita untuk sesuatu yang positif.
“Dan bukan dengan menampakkan lagi perbezaan di antara kita, tetapi kita mahu mengambil tindakan bersama, menolong orang, itulah cara terbaik untuk menyatukan kita,” ujarnya lagi.
Antara individu yang menganggotai NGO Daya ialah bekas Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Kumpulan Sungei Wang, Derrick Tan Peng Koon, bekas Ahli Parlimen Segambut dan Wangsa Maju, Tan Kee Kwong serta penyanyi, Ito.
BACA: PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik
Faris Danial Razi
Sat Jul 25 2020
Naib Presiden PKR, Tian Chua (dua dari kanan) menegaskan badan bukan kebajikan (NGO) Pertubuhan Daya Masyarakat (Daya) yang dilancarkan pada Sabtu tiada kaitan dengan mana-mana NGO yang ditubuhkan oleh ahli politik lain sebelum ini. - Astro AWANI
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Tian Chua akui NGO Daya tiada kaitan dengan politik
Jelas Tian Chua, gerakan yang dilaksanakan itu ada perbezaan tersendiri berbanding NGO yang lain.
PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik
Arahan itu dikeluarkan menerusi sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 29 Jun 2020.
Ucapan Tian Chua adil, tetapi fahami sentimen perwakilan juga - Anwar
Ucapan keras Tian Chua, terutamanya yang menyentuh mengenai isu taksub kepada pemimpin, perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya tak takut dengan FRU, kezaliman... apatah lagi pimpinan dan perwakilan - Tian Chua
Veteran PKR itu mengkritik mereka yang menganggap kumpulan tidak sealiran sebagai pengkhianat.
Tian Chua dilantik penasihat khas Menteri Kerja Raya
Naib Presiden PKR dan bekas Anggota Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau lebih dikenali Tian Chua dilantik sebagai Penasihat Khas Menteri Kerja Raya, berkuat kuasa 1 Mac ini.
Debat Naib Presiden PKR: Apa pendirian mereka mengenai LGBT?
Awani Rangers Asyraf, Afiq dan Eka bertanyakan kepada netizen apa yang mereka mahu dengar dari semua pendebat dalam Debat Naib Presiden PKR yang akan bersiaran secara langsung malam ini.