LENGGONG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa tiada seorang pun Ahli Parlimen gabungan politik itu yang akan bertindak mengosongkan kerusi masing-masing sekali gus menumbangkan Kerajaan Perpaduan.
Presiden UMNO itu berkata beliau sendiri telah melakukan kaji selidik ke atas semua Ahli Parlimen BN dan ura-ura menjatuhkan kerajaan nyata tidak berasas.
"Saya nak tegaskan di sini BN tetap komited untuk meneruskan kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.
"Walaupun saya dengar ada yang nak gugat Kerajaan MADANI... ada 13 orang akan letak jawatan, kemudian 15 orang... hakikatnya, saya melakukan sendiri kaji selidik, tiada seorang pun yang akan meninggalkan atau mengosongkan kerusi mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Perak di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Ahli Parlimen Lenggong yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Pengerusi Pakatan Harapan Perak Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Media sosial sebelum ini heboh melaporkan desas-desus mengenai Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dikatakan telah memiliki jumlah Surat Akuan Bersumpah yang mencukupi untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Terdapat juga laporan 15 Ahli Parlimen BN yang akan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil.
Mengenai Pilihan Raya Negeri di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri yakin usaha mewujudkan keserasian antara jentera parti dalam Kerajaan Perpaduan telah berjaya ditingkatkan manakala keserasian antara Kerajaan Perpaduan dan kerajaan negeri juga dilihat mulai kukuh.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Perak di Kolej Komuniti Kemahiran Tinggi Mara hari ini. - Foto BERNAMA
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.

Tiada MP BN akan kosongkan kerusi Parlimen - Ahmad Zahid
Presiden UMNO itu berkata beliau sendiri telah melakukan kaji selidik ke atas semua Ahli Parlimen BN dan ura-ura menjatuhkan kerajaan nyata tidak berasas.

Ahli Parlimen BN tak terlibat usaha jatuhkan kerajaan - Mohamad
Barisan Nasional (BN) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa terdapat Ahli Parlimen dalam kalangan parti komponennya yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan.

Pasca PRU15: BN mohon tangguh menghadap Agong, kekal pendirian tidak sokong PH, PN
Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat pada Selasa memohon agar sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi Rabu, ditangguhkan.

Pra-majlis angkat sumpah PM ke-9: Ismail Sabri bertemu Ahli Parlimen UMNO, BN malam ini
Biarpun hanya akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-9 esok, jadual Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus padat.

BN batalkan mesyuarat 'pre-council' bersama Ahli Parlimen parti secara bersemuka
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberitahu Astro AWANI, tiada sebarang mesyuarat atau perjumpaan secara bersemuka.

Madius ajak MP BN tolak Muhyiddin sertai PH Plus
Madius mengajak Ahli Parlimen BN yang tidak sebulu dengan Muhyiddin menyertai Pakatan Harapan (PH) Plus.

Benarkah Najib jadi 'kunci' kemaraan Anwar, DAP?
Perjumpaan Ahli Parlimen BN yang berlangsung pada petang Isnin seolah-olah tidak membawa mesej jelas dan sehingga kini tiada sebarang keputusan muktamad yang diperolehi mereka.

Ahli Parlimen BN jemput Azmin masuk UMNO
Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini menjemput Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyertai UMNO.

Azmin masih tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR
"Sepanjang pengetahuan Biro Politik, masih belum ada kes displin membabitkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali," ujar Fahmi.