KUALA LUMPUR: Tidak ada sebarang kesan jika UMNO menarik diri dari kerajaan pada masa darurat kini, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.
Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan, parti juga tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan tarikh pilihan raya yang jelas tertakluk di bawah hak perdana menteri.
"Itu sebabnya dalam PAU (Perhimpunan Agung UMNO) ini kita hendak tengok apa sentimen, apa kehendak apa perlu kita lakukan, sebab dalam UMNO, kita parti yang mengamalkan demokrasi. UMNO tidak pernah memutuskan (hubungan) oleh desakan sesiapa, disebabkan oleh desakan kumpulan-kumpulan, segelintir orang, atau individu atau mana-mana.
"UMNO buat keputusan atas dasar keterangkuman ahli yang ramai dalam parti kita. Jadi PAU ini tempat yang paling baik untuk kita memutuskan apa langkah yang patut kita lakukan untuk kita pastikan parti akan terus berada di tempat yang sepatutnya.
"Itu sebab saya katakan UMNO mesti menjadi induk, sebab UMNO tidak pernah menjadi pelakon tambahan, kita sudah biasa mentadbir, biasa jadi CEO, tiba-tiba jadi mandur susahlah," katanya di dalam program Agenda AWANI pada Ahad.
Dalam pada itu katanya, evolusi UMNO perlu dijalankan dengan betul dan tidak mengambil mereka yang pernah mengkhianati parti.
Ujarnya, paling penting parti tidak mengharapkan belas kasihan orang lain untuk kembali berkuasa menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
BACA: PAU2020: UMNO jangan main 'silat pulut' jika mahu keluar PN Ogos depan - Tok Mat
Jelasnya, UMNO juga perlu mengaplikasi langkah silat kombat untuk menumbangkan musuh politik pada PRU ke-15 nanti.
Tambahnya, parti perlu menilai langkah dan menyerang habis-habisan tanpa strategi dibaca lawan politik.
"Tiada yang sukar, boleh tapi sama ada hendak atau tidak sahaja, kita mesti belajar silat gayung, kita tengok langkah orang, bantai, terus jatuh. Ini kita main silat pulut, bersilat tak sudah-sudah tapi tak sampai-sampai.
"Janganlah pakai silat pulut, tunjuk macam itu, macam ini depan pengantin, tak tumbang lawan. Sesudahnya kita letih seorang.
"Kita mesti (pakai) silat kombat, jangan orang boleh baca langkah kita, kalau pakai bunga nombor dua, orang pakai bunga nombor empat, dipatahnya tangan kita. Jadi jangan kita melangkah dahulu, tengok langkah orang tetapi bila melangkah, orang tua-tua kata bila menikam tembus, memancung putus, menggantung tinggi, jangan tikam tak mati, dikejarnya kita balik," tegasnya.
Astro Awani
Sun Mar 28 2021
Mohamad berkata, UMNO tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan tarikh pilihan raya yang jelas tertakluk di bawah hak perdana menteri. - Astro AWANI
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Sekolah politik akan direalisasi segera selepas perbincangan modul - Wan Rosdy
Beliau berkata, perbincangan lanjut mengenai modul dan silibus sekolah berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat.
Pemimpin yang baik terima permohonan maaf - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, keterbukaan Perdana Menteri menerima permohonan maaf itu menunjukkan ketokohan sebagai seorang pemimpin yang baik.
Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK
Pemimpin AMK menganggap tindakan segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah mahu menghancurkan kemurnian Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan Zahid Hamidi buktikan kesatuan pimpinan Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mengingatkan pimpinan UMNO supaya tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen membuktikan semangat perpaduan dalam kerajaan.