KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan menghalang mana-mana pemimpin parti politik dari Semenanjung Malaysia yang mahu datang berkempen di negeri ini pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak nanti.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bagaimanapun mereka hendaklah terlebih dahulu menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan benar-benar sihat sebelum tiba.
Bercakap pada sidang media di pejabatnya di sini beliau berkata, di samping itu mereka yang tiba di Sarawak juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta pihak berkuasa berkaitan.
Menyentuh peluang GPS dalam PRN Sarawak akan datang ini, beliau berkata gabungan yang melibatkan PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) sudah cukup bersedia untuk mengekalkan kemenangan dengan majoriti dua pertiga dalam PRN ini.
"Kita bukan mahu mendabik dada dan sombong tetapi keyakinan itu berdasarkan khidmat cemerlang GPS dalam mentadbirkan negeri ini kerana kita sentiasa menyantuni rakyat, bukan seperti parti pembangkang yang hanya muncul ketika pilihan raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
ABDUL KARIM: Mereka yang tiba di Sarawak juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta pihak berkuasa berkaitan. - Bernama
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Ada pemimpin pembangkang takut saya turun ke universiti - PM Anwar
Anwar mendedahkan bahawa wujud beberapa pemimpin pembangkang takut dengan tindakannya yang turun ke peringkat bawahan termasuk program melibatkan golongan mahasiswa.
Isu Azam Baki: Anwar, Mat Sabu akan dipanggil beri keterangan - Fahmi
Fahmi berkata, pejabat pemimpin-pemimpin itu juga telah dimaklumkan mengenai perkara itu.
Tiada halangan pemimpin pembangkang dari Semenanjung berkempen di PRN Sarawak - Abdul Karim
Cuma mereka hendaklah terlebih dahulu menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan benar-benar sihat sebelum tiba.
Pemimpin PSB sifatkan Masing pemimpin Dayak berkaliber
Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Ketua Pembangkang Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh menzahirkan rasa sedih atas pemergian Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing.
Keterbukaan pemimpin politik bekerjasama, petanda awal kestabilan dan pemulihan - Shahril
Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan menyambut baik keterbukaan Perdana Menteri dan pemimpin pembangkang yang menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk bekerjasama demi kebaikan negara.
PM tawar pembangkang anggotai MPN, Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19
Tawaran itu diberikan ketika beliau menyampaikan ucapan khas pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Ahad.
Pemuda UMNO lancar jihad PRU-14
Khairul Azwan Harun berkata jentera parti di semua peringkat meletakkan komitmen dan istiqamah bagi memerangi golongan yang berniat merosakkan perpaduan dan melaga-lagakan pemimpin di Malaysia.
UMNO guna fakta tepis kenyataan bekas pemimpin parti
Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak gentar dengan sebarang tuduhan yang dibuat bekas anggota kabinet serta pemimpin pembangkang.