YAN: Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, tiada gangguan atau ‘ribut berlaku dalam pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sehubungan itu, beliau berkata, kenyataan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) yang menggesa Perdana Menteri diberi ruang untuk mentadbir negara sehingga tamat penggal adalah berlandaskan faktor Ahli Parlimen Bera itu mencapai beberapa kejayaan awal dalam tempoh 100 hari.
Dalam masa sama, Menteri Alam Sekitar dan Air itu berkata, ketika ini bukan waktu yang sesuai untuk berbicara mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Sebaliknya, kata Tuan Ibrahim, tumpuan perlu diberikan kepada proses untuk memulihkan ekonomi dan krisis kesihatan yang berlaku.
"Gangguan (untuk jatuhkan kerajaan) tidak ada… tidak ada rebut, cuma kita melihat di waktu ini bukan waktu sesuai untuk bicara soal PRU. Rakyat masih perlu pembangunan ekonomi, aspirasi 100 hari (yang) diumum oleh Perdana Menteri (baru sahaja berlalu) dan COVID-19 masih belum selesai.
"(Atas) sebab itu BBC buat keputusan untuk nyatakan dokongan sehingga tamat penggal kepada Perdana Menteri yang ada… saya fikir itu terbaik kerana perlu untuk kita sampai ke tahap itu (mencapai tahap pemulihan) Insya-Allah," jelas Tuan Ibrahim.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Empangan Sabo kepada kontraktor di Titi Hayun di sini, pada Rabu.
Pada Selasa, Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia menggesa Ismail Sabri diberi ruang sehingga tamat penggal pada 2023 untuk terus menerajui pentadbiran negara.
Pengerusinya, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman berkata, keperluan itu berlandaskan faktor Ahli Parlimen Bera itu mencapai beberapa kejayaan awal dalam tempoh 100 hari selepas mula memegang jawatan itu pada 21 Ogos tahun ini.
Abd Hadi Che Awang
Wed Dec 15 2021
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketika ini bukan waktu yang sesuai untuk berbicara mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). - Gambar fail
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
'Kerajaan perlu belajar daripada NGO, kurangkan kerenah birokrasi'
Berkhidmat sepenuh hati tanpa terikat dengan formaliti, dibantu teknologi, membolehkan NGO bergerak lebih pantas dan cekap.
Tiada gangguan, 'ribut' dalam pentadbiran kerajaan - Tuan Ibrahim
Pentadbiran kerajaan berjalan seperti biasa, cuma kini bukan masa terbaik untuk adakan Pilihan Raya Umum Ke-15.
Kerajaan Perikatan Nasional perlu dipertahankan - Sanusi
Sebarang perubahan yang berlaku dalam pentadbiran di peringkat Pusat hanya akan menjejaskan usaha menangani krisis kesihatan yang berlaku, tegas Sanusi.
Menteri, KSU jangan 'masam muka' - Tun Mahathir
Beliau sedar bahawa konflik berlaku mungkin disebabkan sesuatu perkara, namun setiap permasalahan perlu diselesaikan secara bersama.