Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wanita dilaporkan meninggal dunia di luar tandas sebuah bangunan di Balai Raya, Kampung Cina Sempalit kira-kira jam 2.15 petang tadi sewaktu proses membuang undi sedang berlangsung.
Rosaliza Mat Said, 49 tahun merupakan seorang kerani di Sekolah Menengah Tengku Kudin, Raub dan sedang bertugas di pusat daerah mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sempalit.
Siasatan awal mendapati Rosaliza dilaporkan mengadu sakit perut sebelum dibawa oleh anaknya ke tandas.
Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri di luar tandas bangunan yang dijadikan Saluran 1 tempat mengundi bagi DUN N07 Tras.
Mayat telah dibawa ke Hopsital Raub untuk bedah siasat.
Astro Awani
Wed May 09 2018

Siasatan awal mendapati Rosaliza dilaporkan mengadu sakit perut sebelum dibawa oleh anaknya ke tandas. Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri di luar tandas bangunan yang dijadikan Saluran 1 tempat mengundi bagi DUN N07 Tras. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

PM Haiti, Conillle stabil selepas dimasukkan ke hospital
Keadaan Perdana Menteri Haiti, Garry Conille, yang dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas serangan asma, kini stabil.

Tingkatkan akses rawatan asma kategori teruk - Pakar
Hakikatnya, penghidap penyakit asma tidak terkawal dan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya, berisiko menemui ajal.

Asap vape bahaya kepada ibu hamil, bayi dalam kandungan - Pakar
Kepada kanak-kanak atau pesakit asma, dengan menjadi 'second-' atau 'third-hand vaping', risiko untuk mendapat serangan asma adalah tinggi.

Awas pesakit asma! Jangan sedut alat pelega lebih dua kali seminggu
Penggunaan alat sedut pelega lebih daripada dua kali seminggu akan meningkatkan serangan asma.

Goncang 'inhaler' terus datang, gelagat Liam, si comel hidap lelah tarik perhatian
Liam yang menghidap lelah, seolah-olah memahami dirinya sakit dan perlu diberi rawatan.

Gagal hadir ke mahkamah, wanita dera amah diberi peringatan terakhir
Mahkamah tidak akan berkompromi lagi kerana setiap kali ditetapkan untuk perbicaraan kes, Rozita Mohamad Ali, 46, tidak hadir atas alasan sama iaitu sakit asma dan lutut.

Masalah kesihatan berkaitan jerebu di Sarawak meningkat
Penyakit asma meningkat daripada purata 258 kes dalam tempoh 30 Jun hingga 7 Sept kepada 307 kes dalam tempoh 8 hingga 14 Sept.

Keadaan jerebu punca penyakit pernafasan meningkat
Pemantauan dilakukan Kementerian Kesihatan di 31 klinik sentinel jerebu mendapati penyakit asma dan konjuntivitis merekodkan kenaikan.

Tiada peningkatan luar biasa penyakit berkaitan jerebu - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak merekodkan peningkatan luar biasa penyakit berkaitan jerebu sepanjang negara dilanda masalah itu empat minggu lalu.

Diana Danielle kongsi keperitan hadapi anxiety attack
Semoga Diana cepat sembuh