Bilangan kes asma, konjuntivis dan jangkitan saluran pernafasan (URTI) di Sarawak mencatatkan peningkatan ekoran jerebu yang melanda negeri itu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hasil pemantauan di 15 buah fasiliti sentinel jerebu di negeri itu mendapati penyakit asma meningkat daripada purata 258 kes dalam tempoh 30 Jun hingga 7 Sept kepada 307 kes dalam tempoh 8 hingga 14 Sept.
"Begitu juga dengan penyakit konjuntivitis, terdapat peningkatan daripada 63 kes kepada kepada 114 kes dan URTI pula bertambah daripada 1,788 kepada 1,868 kes dalam tempoh bandingan yang sama," menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Untuk tempoh yang sama di Sri Aman, melalui Klinik Kesihatan Sri Aman, terdapat penurunan penyakit asma daripada 34 kepada 31 kes. Bagaimanapun, bagi penyakit konjuntivitis, pula merekodkan peningkatan daripada lima kepada enam kes, manakala penyakit URTI menunjukkan pertambahan daripada 66 kepada 71 kes.
Di Kuching, melalui Klinik Kesihatan Jalan Masjid dan Klinik Kesihatan Tanah Puteh, kesemua penyakit mencatatkan penurunan iaitu asma 61 kepada 58 kes, dan penyakit konjuntivitis 16 kepada 13 kes, manakala penyakit URTI daripada 487 kes kepada 425 kes.
Untuk bahagian Samarahan, melalui Klinik Kesihatan Samarahan, terdapat peningkatan penyakit asma daripada lima kepada tujuh kes. Bagaimanapun, bagi penyakit konjuntivitis, terdapat penurunan daripada tiga kepada dua kes dan penyakit URTI daripada 34 kepada 24 kes.
Bagi Sarikei pula, melalui Klinik Kesihatan Sarikei, terdapat peningkatan penyakit asma daripada 10 kepada 18 kes. Begitu juga bagi penyakit konjuntivitis yang mencatatkan pertambahan kes daripada empat kepada sembilan kes dan penyakit URTI meningkat daripada 247 kepada 301 kes.
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut menasihatkan orang ramai terutamanya golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, perokok, dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, sakit jantung dan alahan agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat jerebu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat jerebu. - Gambar fail
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

PM Haiti, Conillle stabil selepas dimasukkan ke hospital
Keadaan Perdana Menteri Haiti, Garry Conille, yang dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas serangan asma, kini stabil.

Tingkatkan akses rawatan asma kategori teruk - Pakar
Hakikatnya, penghidap penyakit asma tidak terkawal dan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya, berisiko menemui ajal.

Asap vape bahaya kepada ibu hamil, bayi dalam kandungan - Pakar
Kepada kanak-kanak atau pesakit asma, dengan menjadi 'second-' atau 'third-hand vaping', risiko untuk mendapat serangan asma adalah tinggi.

Awas pesakit asma! Jangan sedut alat pelega lebih dua kali seminggu
Penggunaan alat sedut pelega lebih daripada dua kali seminggu akan meningkatkan serangan asma.

Goncang 'inhaler' terus datang, gelagat Liam, si comel hidap lelah tarik perhatian
Liam yang menghidap lelah, seolah-olah memahami dirinya sakit dan perlu diberi rawatan.

Gagal hadir ke mahkamah, wanita dera amah diberi peringatan terakhir
Mahkamah tidak akan berkompromi lagi kerana setiap kali ditetapkan untuk perbicaraan kes, Rozita Mohamad Ali, 46, tidak hadir atas alasan sama iaitu sakit asma dan lutut.

Masalah kesihatan berkaitan jerebu di Sarawak meningkat
Penyakit asma meningkat daripada purata 258 kes dalam tempoh 30 Jun hingga 7 Sept kepada 307 kes dalam tempoh 8 hingga 14 Sept.

Keadaan jerebu punca penyakit pernafasan meningkat
Pemantauan dilakukan Kementerian Kesihatan di 31 klinik sentinel jerebu mendapati penyakit asma dan konjuntivitis merekodkan kenaikan.

Tiada peningkatan luar biasa penyakit berkaitan jerebu - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak merekodkan peningkatan luar biasa penyakit berkaitan jerebu sepanjang negara dilanda masalah itu empat minggu lalu.