Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyatakan rasa bangga kerana disamakan dengan calon Presiden Amerika Syarikat dari Parti Republikan, Donald Trump.
Menurut Ibrahim, kenyataan yang menyamakan beliau dengan Trump disifatkan sebagai bukti bahawa beliau seorang yang berterus terang, tidak hipokrit dan tidak berbelit dalam menyatakan pendirian.
"Maknanya saya setaraf dengan calon Presiden Amerika. Ini juga membantu meningkatkan nama negara Malaysia menjadi lebih terkenal.
"Trump adalah tokoh tidak hipokrit dan saya Ibrahim Ali sudah lama guna motto perjuangan anti hipokrit," katanya dalam satu kenyataan ringkas.
Reaksi Ibrahim itu sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menggambarkan Trump sebagai 'Ibrahim Ali Amerika'.
Nur Jazlan berkata demikian ketika merasmikan program belia anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).
Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada Nur Jazlan kerana kenyataan tersebut.
"Saya ucap terima kasih kepada Datuk Nur Jazlan yang jelas, seorang yang pandai dan 'intelligent' membuat pilihan," ujarnya.
Astro Awani
Fri Mar 25 2016

IBRAHIM: Trump adalah tokoh tidak hipokrit dan saya Ibrahim Ali sudah lama guna motto perjuangan anti hipokrit. -Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Trump cabar Biden untuk berdebat
Donald Trump mencabar Presiden Joe Biden untuk berdebat dengannya "pada bila-bila masa" dan "di mana-mana sahaja."

Perbicaraan kes jenayah pertama Donald Trump ditetapkan bermula bulan depan
Mahkamah tolak permohonan Trump untuk mengenepikan tuduhan jenayah berkaitan bayaran 'menutup mulut' kepada seorang bintang filem lucah.

10 tahun penentu karier politik Donald Trump
Donald Trump bermula sebagai hartanah terkenal, sebelum menjadi selebriti dengan program 'The Apprentice'. Beliau kini merupakan seorang calon Presiden AS untuk Parti Republikan.

Terima kasih, saya setaraf Donald Trump - Ibrahim Ali
Kenyataan yang menyamakan beliau dengan Trump disifatkan sebagai bukti bahawa beliau seorang yang berterus terang, tidak hipokrit dan tidak berbelit dalam menyatakan pendirian.