PADANG RENGAS: Taklimat Khas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu ini adalah bertujuan menerangkan keadaan yang berlaku dan menenangkan ahli-ahli parti.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana Taklimat Presiden sering diadakan setiap tahun.
"Tetapi oleh kerana baru-baru ni bekas Presiden, seperti kita maklum, Datuk Seri Najib Tun Razak (dipenjara). Oleh kerana itu dilihat ada keperluan untuk Presiden berjumpa dengan kepimpinan dan juga ahli-ahli untuk menerangkan, menenangkan supaya semua orang faham apa yang telah berlaku dan yang paling penting ia tidak akan merosakkan perpaduan dalam UMNO.
"Yang paling penting, lagi ramai orang datang, lagi baik kerana pertama dapat mendengar taklimat daripada presiden parti dan yang kedua, dengan pertemuan itu dapat mengelakkan sebarang prasangka dan dapat mengukuhkan perpaduan di kalangan ahli," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Penghijauan Malaysia: Menteri Besar bersama pelajar negeri Perak di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar, pada Jumaat.
Pada Rabu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ciapan di laman media sosial Twitter berkata, Ahmad Zahid Hamidi dijangka menyampaikan Taklimat Khas Presiden, Sabtu ini.
BACA: Taklimat Khas Presiden UMNO Sabtu ini - Ahmad Maslan
Berdasarkan ciapan, taklimat yang bakal diadakan di Dewan Merdeka World Trade Centre (WTC) itu berkisar mengenai isu semasa dan terkini.
Dalam pada itu, Saarani berkata, soal tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) cepat atau lambat tidak penting.
Sebaliknya, kata beliau, apa yang paling penting ialah ‘timing’ dan beliau yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tahu masa yang sesuai untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Aug 26 2022
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana Taklimat Presiden sering diadakan setiap tahun. - Gambar fail/BERNAMA
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Peguam Najib masih dakwa wang RM42 juta derma dari Arab Saudi
Shafee membuat dakwaan berkenaan ketika berucap kira-kira 20 minit pada Taklimat Khas Presiden UMNO di WTCKL.
UMNO konsisten desak PRU15 diadakan segera - Zahid Hamidi
UMNO mahu kerajaan yang mempunyai keabsahan rakyat, bukan melalui percaturan politik.
Zahid, Najib tidak pernah tuntut kes mahkamah digugurkan
Kata Ahmad Zahid, baik kepada Muhyiddin mahupun Ismail Sabri permintaan itu tidak pernah disuarakan mereka.
'Kalau berani, hari ini juga kita lawan' - Azalina
Azalina Othman Said cabar agar Parlimen segera dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.
Taklimat Khas Presiden UMNO untuk terangkan keadaan, tenangkan ahli parti - Saarani
Taklimat Khas Presiden UMNO pada Sabtu ini dikatakan bertujuan untuk menerangkan keadaan yang berlaku dan menenangkan ahli-ahli parti.