Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegur rakan Umnonya ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin agar bertindak selaras dengan pendirian parti.
Katanya, banyak tindakan Khairy sebelum ini dilihat tidak selaras dengan pendirian parti sehingga dilihat tidak sehaluan dengan parti.
Jelasnya, sebagai orang yang lebih tua, eloklah beliau menasihati Khairy agar bertindak sebagai satu pasukan.
"Saya masih mahu beliau bersama Umno jadilah 'team player' dalam Umno , kerja sebagai satu pasukan.
"Tapi dia kena berhenti daripada sikap begitu jika dia nak bersama Umno dia mesti ingat dia bernasib baik kerana kepimpinan parti tidak berapa keras... lembut, sangat toleran kalau dulu boleh kena pecat," katanya kepada Sinar Harian.
BACA: KJ disaran sertai PKR, DAP
Beliau mengulas mengenai tindak tanduk Khairy yang kebelakangan ini dilihat tidak senada dengan parti antaranya terbaharu beliau ‘mengherdik’ kerjasama Umno-Pas di PRK Seri Setia.
Susulan itu, Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil menyarankan Khairy menyertai PKR atau DAP.
Beliau mendakwa, Khairy telah menunjukkan jiwa beliau bukanlah jiwa perjuangan Melayu dan Islam.
Katanya, Khairy juga dilihat sebagai seorang yang tidak ada pendirian dan opportunis apabila mengkritik bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Susulan itu , Khairy membidas kenyataan Isham yang mencadangkan beliau menyertai PKR dan DAP.
Menurut Khairy, Isham perlu menjelaskan alasan untuk beliau meninggalkan Umno.
Sinar Harian
Tue Aug 21 2018

Kata Tajuddin (kiri) banyak tindakan Khairy (kanan) sebelum ini dilihat tidak selaras dengan pendirian parti sehingga dilihat tidak sehaluan dengan parti. - Gambar fail

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Annuar ragui 189 Bahagian UMNO tolak Bersatu
Berdasarkan maklum balas yang dikumpulkan daripada pemimpin bahagian parti hanya 99 bahagian yang menolak kerjasama dengan Bersatu.

Tajuddin tegur KJ
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegur rakan Umnonya ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin agar bertindak selaras dengan pendirian parti.

'Untuk UMNO bangkit, idealisme perjuangan anak muda perlu diperkasa' - Asyraf Wajdi
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpendirian untuk UMNO bangkit, idealisme serta semangat perjuangan anak muda perlu diperkasa.

Hormat mereka yang ada kuasa, tetapi jangan gentar dengan mereka - Syed Hamid
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini membuat surat terbuka kepada rakyat Malaysia.