Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika menang PRU14 kelak akan menambah kecelaruan terhadap parti gabungan itu sendiri.
Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin berkata, ia sebenarnya pembuka jalan bagi perpecahan Pakatan Harapan (PH) yang semakin menyerlah selepas pengumuman tersebut.
"Sebelum berlangsung konvensyen, Amanah Johor memboikot Konvensyen Harapan. Difahamkan Amanah Perak juga memboikot konvensyen tersebut.
"Terdapat sumber dalaman memberitahu sudah mula suara tidak berpuas hati dalam kalangan pemimpin serta ahli Amanah yang rasa tertipu sebaik pengumuman Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.
"Ternyata Tun Mahathir adalah satu-satunya pemimpin yang hebat dalam PH, bukan mana-mana pemimpin PH yang lain termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bukan juga Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang jauh ketinggalan dari bapanya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
BACA: Pakatan dalam keadaan bercelaru - Musa Aman
BACA: Tun M calon PM: Usaha PH untuk tawan kubu UMNO - Penganalisis
Tegasnya, kenyataan mengkritik oleh PKR Selangor juga membuktikan rasa kecewa dengan keputusan yang dibuat.
"Takziah kepada pembangkang, nampaknya keputusan yang diharapkan dapat memberikan impak positif kepada pembangkang untuk menarik sokongan rakyat ditolak mentah-mentah oleh akar umbi sendiri.
"Pengumuman tersebut sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan tetapi sebaliknya memberikan implikasi buruk kepada mereka sehingga menambah kecelaruan dan tidak mustahil bakal mengundang perpecahan dalaman dalam kalangan rakan parti dalam gabungan itu.
"Nampaknya keputusan yang diharapkan dapat memberikan impak positif kepada pembangkang untuk menarik sokongan rakyat ditolak mentah-mentah oleh akar umbi sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Ainina berkata, meletakkan Tun Mahathir membuktikan Harapan ketandusan 'winnable candidates' yang diharap mampu mengemudi negara jika mereka menang kelak.
"Sekarang PPBM boleh tersenyum dengan kerusi Parlimen di Semenanjung paling banyak mereka peroleh, namun perlu diingat tanpa kerjasama dan persefahaman dengan rakan parti lain mustahil mereka mampu bergerak bersendirian untuk berdepan pilihan raya kerana jentera yang dimiliki tidak sekuat rakan parti seperti Amanah dan PKR.
"Jika Amanah Johor dan Perak serta PKR kecewa dengan keputusan pencalonan semasa konvensyen itu, rakyat di bawah ini pastinya lebih kecewa apabila mereka meletak calon yang sudah banyak kali melakukan onar kepada negara," jelasnya.
Beliau yang juga bekas Ketua Srikandi PPBM berkata, pemilihan Mahathir juga memberikan petunjuk, anaknya, Mukhriz hanya mampu berdiri di belakang ayahnya.
"Ternyata Tun Mahathir merupakan satu-satunya pemimpin hebat dalam Harapan, bukan mana-mana pemimpin lain termasuk Muhyiddin.
"Bukan juga Mukhiz yang jauh ketinggalan dari bapanya. Pada usia Tun Mahathir 93 tahun juga Mukhriz gagal mengatasi bapanya," katanya.
Ainina turut menyifatkan Mukhriz sebagai pemimpin muda paling gagal dan tidak layak mendepani masa depan generasi milennial Malaysia.
"Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Besar namun terpaksa berpaut di belakang bapanya apabila lemas dalam survival politiknya sendiri.
"Syabas sekali lagi untuk Tun Dr Mahathir. Tahniah juga kerana berjaya mempergunakan pembangkang untuk meletak anaknya, Mukhriz sebagai perdana menteri baharu nanti dan takziah kepada pembangkang kerana dipergunakan.
"Kepada seluruh pengundi Malaysia, tepuk dada tanyalah selera marhaen. Jangan terpedaya selera ahli politik di depan mata," ujarnya.
Astro Awani
Mon Jan 08 2018
![Tahniah Tun Mahathir, kerana berjaya mempergunakan pembangkang - Anina Tahniah Tun Mahathir, kerana berjaya mempergunakan pembangkang - Anina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61440762549_AninaSaadudin.jpg)
ANINA: Nampaknya keputusan yang diharapkan dapat memberikan impak positif kepada pembangkang untuk menarik sokongan rakyat ditolak mentah-mentah oleh akar umbi sendiri, - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Anina selesai, kedua-dua pihak rekod persetujuan Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Anina selesai, kedua-dua pihak rekod persetujuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61630929299_TBISMAILANINAjpg.jpg)
Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Anina selesai, kedua-dua pihak rekod persetujuan
Saman fitnah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Anina Saadudin diselesaikan selepas kedua pihak mencapai persetujuan hari ini.
![Ismail Sabri saman Anina Saadudin Ismail Sabri saman Anina Saadudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615441306_mailsabriandanina.jpg)
Ismail Sabri saman Anina Saadudin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap bekas Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia Anina Saadudin atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi FB miliknya.
![Hanya untuk hiburkan kanak-kanak Hanya untuk hiburkan kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51529367123_cop.jpg)
"Hanya untuk hiburkan kanak-kanak"
Mohd Fisol berkata cop di tangan kanak-kanak semasa Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Kedah hanya untuk keseronokan semata-mata.
![Trio veteran UMNO diminta isytihar aset masing-masing - Anina Trio veteran UMNO diminta isytihar aset masing-masing - Anina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61440762549_AninaSaadudin.jpg)
Trio veteran UMNO diminta isytihar aset masing-masing - Anina
Tan Sri Rafizah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rais Yatim diminta untuk mengisytiharkan aset masing-masing selepas kini giat membantu dalam kempen Pakatan Harapan (PH) dalam PRU kali ini.
![Pakatan pembangkang lemah dan longlai - Anina Pakatan pembangkang lemah dan longlai - Anina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61446108488_AninaSaadudin.jpg)
Pakatan pembangkang lemah dan longlai - Anina
Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin, menggesa rakyat negara ini memilih kerajaan untuk generasi Malaysia pada masa depan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
![Tahniah Tun Mahathir, kerana berjaya mempergunakan pembangkang - Anina Tahniah Tun Mahathir, kerana berjaya mempergunakan pembangkang - Anina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61440762549_AninaSaadudin.jpg)
Tahniah Tun Mahathir, kerana berjaya mempergunakan pembangkang - Anina
Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika menang PRU14 kelak akan menambah kecelaruan terhadap parti gabungan itu sendiri.
![Apakah Pakatan tiada calon PM selain Tun M, soal Anina Apakah Pakatan tiada calon PM selain Tun M, soal Anina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61440762549_AninaSaadudin.jpg)
Apakah Pakatan tiada calon PM selain Tun M, soal Anina
Jawatan Perdana Menteri sementara yang mungkin diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai calon yang lebih baik daripada bekas perdana menteri itu.
![Dr Mahathir mohon kebenaran merayu kes saman salah guna jawatan awam Dr Mahathir mohon kebenaran merayu kes saman salah guna jawatan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51469088634_TunMahathir.jpg)
Dr Mahathir mohon kebenaran merayu kes saman salah guna jawatan awam
Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan berhubung saman salah guna jawatan awam.
![Anina tarik balik saman berhubung pemecatannya dalam UMNO Anina tarik balik saman berhubung pemecatannya dalam UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61446108488_AninaSaadudin.jpg)
Anina tarik balik saman berhubung pemecatannya dalam UMNO
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Anina berkata saman itu ditarik balik atas alasan tiada lagi isu berhubung keanggotaan Anina dalam UMNO dan ia tidak relevan serta bersifat akademik.
![Anina gugurkan saman terhadap PM Najib Anina gugurkan saman terhadap PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71443612546_AninaSaadudin.jpg)
Anina gugurkan saman terhadap PM Najib
Anina telah membuat rayuan terhadap pembatalan saman oleh Mahkamah TInggi pada 31 Disember tahun lalu.