Dengan hari mengundi yang semakin hampir, kami telah bertanyakan kepada pembaca dan penonton Astro AWANI mengenai kecenderungan, serta isu-isu berkaitan pilihan raya di pelbagai platform kami.
Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - Adakah kempen PRU15 di kawasan anda meriah?
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Sabtu.
Daripada 1,209 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati ramai menyatakan kempen yang diadakan di kawasan mereka meriah.
Sebanyak 46 peratus memilih 'ya', diikuti 40 peratus 'tidak', manakala 14 peratus 'tidak peduli'.
Mengangkat tema "Malaysia Memilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.