KUALA LUMPUR: 'Mood' serta sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mentadbir negara ini amat positif, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan berkata beberapa dapatan kajian yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan sentimen yang baik dalam kalangan rakyat.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tidak boleh leka dan dibuai mimpi walaupun rakyat menyokong usaha kerajaan ketika ini.
"... ini waktu kita untuk kerja keras bukan sahaja untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi tetapi juga segera selesaikan masalah rakyat.
"Dapatan Jabatan Perangkaan terhadap tahap peningkatan inflasi juga berkurangan kepada 3.4 peratus, ini bermaksud ikhtiar kerajaan berjaya kawal peningkatan harga barang... tetapi banyak lagi yang perlu kita lakukan," katanya kepada pemberita pada Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara di sini hari ini.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis itu.
Turut hadir Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ditanya mengenai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Fahmi berkata gabungan kerajaan sedang merangka strategi yang sesuai khususnya untuk mendekati pengundi muda.
"Kita perlu rangka strategi mengikut tempat agar kita dapat sampaikan mesej kepada mereka... kita faham setiap kumpulan ada strategi komunikasi yang berbeza," katanya.
Dilaporkan enam negeri itu iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu mencapai persetujuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 22 2023
Fahmi (kiri) berbual bersama Timbalan Menteri Sains dan Teknologi Datuk Arthur Joseph Kurup pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri 1444H Yang di-Pertuan Agong hari ini. - Foto BERNAMA
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Formula perpaduan PH, BN perlu dipertahankan dalam PRU16 - Saifuddin
Formula perpaduan antara PH dengan BN pada PRK DUN Mahkota, Johor wajar dipertahankan dalam siri pilihan raya akan datang termasuk PRU16.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
PRK Mahkota: Pilih wakil rakyat selari kerajaan bawa kelebihan kepada pengundi - Ahmad
Memilih wakil rakyat yang sehaluan dengan kerajaan negeri mempunyai kelebihan dalam merealisasikan usaha membangunkan kawasan atau kebajikan penduduk setempat.
Keputusan batal rombongan 68 pegawai ke Berlin dapat sokongan penuh Kabinet - PM
Keputusan membatalkan perancangan sebuah kementerian dan agensi untuk membawa 68 pegawai ke satu pameran di Berlin mendapat sokongan penuh Jemaah Menteri.
Muhammad Sanusi mohon ampun kepada Sultan Selangor
Muhammad Sanusi hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor berikutan kenyataan beliau pada Julai tahun lepas yang dianggap menghina dan tidak menghormati baginda.
[KOLUMNIS] Analisis prestasi, pengaruh dan persepsi kempen PRK Mahkota
Adakah Syeikh Hussein atau Coach Haizan? Itu akan diketahui pada 28 September depan.
Kerajaan utamakan pendekatan inklusif, berhikmah tangani isu berkaitan Islam - PM
Kerajaan Perpaduan mengutamakan pendekatan yang lebih inklusif dan berhikmah dalam mencari jalan terbaik terhadap sebarang isu berkaitan agama Islam di negara ini.
Tiada perjawatan baharu bagi kader JAKIM - Kementerian Perpaduan
Tiada perjawatan baharu bagi pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan.
Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.