SHAH ALAM: Sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari daripada Perikatan Nasional (PN) kepada Kerajaan Negeri Selangor mengukuhkan lagi pentadbiran Kerajaan Perpaduan di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Menyifatkan sokongan bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor itu sebagai sesuatu yang di luar jangkaan, Amirudin berkata tindakan Abdul Rashid pastinya menyuntik lebih motivasi kepada pendukung Pakatan Harapan (PH) khususnya ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di semua peringkat untuk terus berjuang mempertahan dan memperkukuh kerajaan sedia ada di Selangor.
"Itu pilihan beliau, saya rasa beliau sedar mengenai sebarang kesan di sebalik tindakan itu khususnya selepas pindaan Perlembagaan Bersatu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Komuniti Pendidik Selangor di sini semalam.
Pada 6 Mac lepas, Abdul Rashid mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Amirudin dan mendakwa keputusan itu dibuat setelah beliau meneliti titah ucapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memuji pentadbiran kerajaan negeri berada di landasan tepat demi kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat.
Amirudin, yang juga Naib Presiden PKR, tidak menolak kemungkinan berlaku pertambahan sokongan dalam kalangan ADUN pembangkang antaranya disebabkan oleh faktor pemilihan Bersatu yang bakal diadakan kelak.
Beliau turut mengulas cadangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Zaid Ibrahim agar PH menjalin kerjasama dengan Bersatu sebelum pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi PH Selangor itu berkata gabungan tersebut memiliki perancangan sendiri dalam persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.
"... kami boleh menganalisis cadangan itu namun semestinya kami memiliki perancangan sendiri," katanya.
Terdahulu, Amirudin meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama kira-kira 1,500 warga pendidik di Selangor.
Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM840,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seluruh Selangor yang diwakili Pengarah Pendidikan Negeri Dr Jafri Abu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024

Amirudin (tengah) menyampaikan Sumbangan Dana Pengurusan PIBG Sekolah kepada Jafri (kanan) ketika majlis berbuka puasa di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam, 17 Mac 2024. --fotoBERNAMA

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.

ADUN Selat Klang dikompaun langgar SOP PKPB sambut Aidilfitri
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya telah menerima arahan daripada timbalan pendakwa raya supaya mengenakan kompaun itu.